bye bye E400, welcome E410

assalamualaikum

minggu lepas adalah minggu yang agak stress bagi aku.. yela mana mana tempat kerja pon mesti ada manusia yang pelik sikit dari manusia normal lain.. kehkehkeh.. dah la printer aku rosak, datang pulak manusia ni sengaja cari pasal dengan aku.. aku sedar aku ni pekerja biasa je tak sama taraf dengan dia tapi sekurang kurangnya hormat perasaan orang lain jugak.. entah la malas nak cerita pasal manusia ni.. ok berbalik kepada cerita printer aku ni tiba tiba lampu LED berkelip kelip.. godek godek kat internet kengkonon nak repair sendiri tapi tak jadi jugak tetap berkelip kelip.. terpaksa hantar kedai jugak..

ni printer aku yang rosak tu namanya canon pixma E400.. aku baru je tukar ink gegedik pulak dia nak rosak.. stress makcik tau.. 😒😓
*pic from google

petang tu aku angkut la si gegedik ni balik kerja terus ke kedai hantar nak repair.. sampai kedai orang tu check tengok sekali tak boleh nak repair dah sebab ni printer lama takde spare part.. i is redha tapi dalam hati menangis jugak memikirkan duit yang bakal terbang.. disebabkan ink printer baru lagi kat dalam tu, aku pilih untuk beli printer baru yang inknya sama jadi tak la membazir ink tu kan.. membazir amalan syaitan.. *tiberrr 😆

terpaksa jugak beli printer baru sebab banyak kerja nak buat.. kalau takde printer macam mana iols nak buat kerja nanti orang akan cakap aku ni takde kerja pulak.. datang sekolah rilex je dalam makmal.. ish geram pulak aku dengan mulut manusia yang dengki sangat tu pehal? maaf teremosi pulak.. 😂 printer lama nak taknak terpaksa la buang.. simpan pon nak buat apa semak je kan.. agak lama jugak printer lama tu berkhidmat untuk aku tak silap adalah lima tahun kot.. 😔

welcome si hitam manis segak bergaya.. kehkehkeh
lebih kurang je dengan printer lama tapi colour je berbeza..
nama beliau canon pixma E410

aku memang peminat printer canon walaupon ada orang cakap epson lagi ok tapi takpe la aku beli ikot kemampuan.. harganya RM169 je tapi ink agak mahal untuk black RM30 dan untuk colour RM70 lebih kurang la.. tapi tak kisah sangat sebab aku bukan guna printer tiap tiap hari.. ink agak mahal pon takpe sebab tahan lama jugak.. 😁

bye bye E400 terima kasih untuk jasa anda selama berkhidmat untuk sis.. dan welcome E410 silalah berkhidmat dengan baik untuk sis.. 😆😆

bye!
xoxo

13 comments:

  1. kat sekolah takde di sediakan printer ke untuk pekerja? sebab kat tempat akak ni tak pernah beli sendiri semua pembelian pukal dan bahagian yang bayar... nasibla harganya murah jugak kan

    ReplyDelete
  2. samalah macam tempat kak, printer ni mudah rosak. apatah lagi sebab kami buat tangki ink kat luar T_T

    ReplyDelete
  3. adei.. seriuslah kena beli sendiri ? hee~ tak pe lah.. untuk memudahkan keje ezy jugak kan.. semoga E410 dapat berkhidmat dengan baik..

    ReplyDelete
  4. sy dulu ada printer canon juga.. tp ink agak mahal.. lagipun masa study dulu mmg byak guna printer.. tak mampu nak beli ink balik2 hahaha.. apapun canon mmg bagus sgat dri segi kualiti ink.

    ReplyDelete
  5. Kesian kita kena beli printer sendiri kan. huhu..
    printer reen rosak da xbeli2 baru. tmpg la print kat opis jap

    ReplyDelete
  6. Dah beli sendiri tak boleh claim ke?

    ReplyDelete
  7. kat tempat aku pun printer dia dah KO last week, sib baik next day nganti baru
    seriusly kena beli sendiri ke? sekolah tak provide? or nanti boleh reimburse?

    ReplyDelete
  8. Kita pun guna canon tapi jenis laser tu. catridge lagi mahal ratusan. tapi puas hati lah dengan output tu

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!