parcel out for delivery

assalamualaikum

weekend baru ni takde keluar pergi mana mana sebab aku tak berapa sihat.. tapi tetap happy sebab semua barang yang aku beli berstatus "parcel out for delivery" kehkehkeh.. perasaan excited nak tunggu barang sampai depan mata tu bukan main lagi ye.. happy tak boleh diucap dengan kata kata.. yang tengah demam pon boleh jadi sihat.. melampau sangat ke statement aku ni? ala korang pon macam tu kan.. dapat parcel macam dapat hadiah padahal semua beli dengan duit sendiri.. itu hari menyesal duit habis tapi dapat barang je penyesalan tu hilang begitu je.. 😂

parcel pertama sampai.. tadaaaaaaa!
carpet untuk sofia.. 😁

sejak si sofia ada bilik sendiri bukan main ye mintak macam macam dengan mommy.. carpet la, cadar baru la, tapi takpe demi anak mommy turutkan asalkan benda tu tak mahal dan tak membazir.. kalau mommy membazir untuk diri sendiri takpe.. boleh dimaafkan.. kehkehkeh.. carpet ni murah je gais RM18 sahaja.. tapi jangan la expect carpet ni gebu gebas macam mahal punya.. cukup la tu sekadar nak buat hiasan atas lantai.. ihiks.. tapi comel kan? sofia pilih sendiri.. biasa la anak dah besar pilihan mak mak dah tak laku.. 😔

parcel kopi ni sampai serentak so kira parcel kedua la.. 😜

topap kopi la pulak.. dulu dulu suka nescaffe gold tak pernah tukar tapi dah boikot kita tukar la pulak.. terjatuh cinta dengan kopi beanies dan kopi nogula.. kopi beanies macam macam perisa ada tau korang boleh try.. setakat ni paling aku suka nutty hazelnut dan creamy caramel.. kopi nogula tu pon sedap yang amat! hari hari minum tak pernah bosan.. 😋

dan parcel terakhir! lampu study comel-nak-picit!

lampu ni untuk sofia jugak.. kan dah cakap budak ni macam macam mintak dengan mommy.. meja study dia mengadap dinding terlindung sikit dari cahaya lampu, kalau buat homework selalu cakap gelap tak nampak tapi bukan gelap gelita pon.. alih sikit kepala dia boleh je nampak tapi tu la mengada lebih nak jugak lampu study kita layankan je selagi mampu.. benda ni pon bukan mahal sampai harga beratus.. tapi comel weh aku pon rasa nak beli satu.. kehkehkeh..

korang tau tak kenapa aku shopping barang barang ni walaupon bukan masa sale? ye sebab aku tengah bosan scroll scroll handphone lepas tu tercheckout.. bukan salah aku kot.. ni semua salah bosan.. kalau nak bosan boleh tak time aku takde duit dalam akaun? huh..

bye!
xoxo

8 comments:

  1. Lawa carpet tu, pandai Pia pilih 👍

    ReplyDelete
  2. Ehhh heheee... tergelak besar saya bila bosan yang disalahkan. Kesian bosan hihihiii.

    ReplyDelete
  3. comelll..lampu study tu...dua2 brand kopi tak pernah try..nutty hazelnut..nampak menarik...

    ReplyDelete
  4. leh geng la ngan MA..kalau tgk mesti ada yg add to cart..pas tu gatai jugak ter check out.. he he

    ReplyDelete
  5. wahhh.. sofia ada bilik sendiri dah... Sakan dia nak nak itu ini untuk mencantikkan bilik dia nanti

    ReplyDelete
  6. waaaa comelnya lampu! acik ana nak jugakkkkk hehehe

    ReplyDelete
  7. Berkenan tengok lampu tu comel sangat alahai.....warna pun pastel

    ReplyDelete
  8. Beli untuk keperluan apa salahnya. 😁

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!