sambil sambil dengar radio sambil menaip entry.. sudahnya taip padam taip padam sebab tak boleh nak fokus kat blog.. aku ni sejenis manusia yang tak boleh buat dua kerja dalam satu masa tau.. itu la kelemahan aku.. 😔 jadi offkan radio kejap nanti baru sambung balik dengar lagu.. 😁 berbalik kepada tajuk entry ni, akhirnya siap jugak ruang pantry aku yang tak seberapa tu.. yeaaay! 👏👏👏
sebelum
selepas
aku tak suka deco deco yang serabut kalau simple macam ni dah ok sangat dah bagi aku.. taknak la tambah bunga ke dedaunan ke sebab dah cukup banyak bunga mawar kat luar bilik aku tu.. makcik cleaner tanam.. meriah berbunga kemain.. haha.. *tetiba takde kaitan dengan pantry.. meja makan kononnya tu aku guna meja budak je.. amek dari makmal aku sebab makcik cleaner cakap tak boleh amek yang kat luar.. nanti budak budak naik sekolah tak cukup meja pulak.. i is pasrah jela.. 😅 alas meja beli kat kedai eco je..
close-up sikit hiasan kat dinding
semua tu aku design sendiri guna microsoft powerpoint kecuali gambar buah tu je aku curi kat google.. dosa tak mencuri? 😅😅 quotes aku letak berkaitan dengan makan je sebab ni kan ruang makan.. kena mengikut tema haaa gittewww.. aku ni kan obses dengan tema.. 😂 cari je qoutes tu kat google bersepah pilih je mana berkenan lepas tu design sendiri.. print, gunting, laminate, gunting haa sangat gigih.. kejadiaannya sangat comel macam aku.. 😙
oh lupa pulak, kat pintu tu kalau korang perasan macam berubah sikit hiasannya.. aku ubah daripada zikir zikir tu aku letak hiasan cactus.. zikir zikir tu aku tampal kat dinding kat ruang solat.. hiasan cactus tu pulak aku amek dari pintu stor letak kat situ.. konsep kat sini gunapakai mana yang ada asalkan jimat belanja.. 😆 nak explain lagi takut korang tak faham, pandai pandai la korang nak hidup.. 😜
close-up lagi kat bahagian ni pulak
rak pinggan mangkuk bertutup - dapat hadiah cabutan bertuah masa jamuan akhir tahun 2016
electric kettle 1.7L - beli kat Mr.DIY RM28.60
bekas plastik letak kopi - beli kat Mr.DIY jugak RM2.70
secara keseluruhannya aku tak la berbelanja besar untuk sediakan ruang pantry ni.. banyak gunapakai barang yang dah ada je.. yang mahal sikit heater tu jela.. takpe la untuk kegunaan dan kesenangan aku jugak.. orang lain nak tumpang guna pon takde hal.. 😇 lega sangat rasanya dapat siapkan ruang pantry aku ni.. sekarang dah boleh fokus kerja lain pulak..
bye!
xoxo
kemas
ReplyDeletebestnya ada ruang pantry sendiri.... nak lepak rehat-rehat pun selesa...
ReplyDeletecantik je hiasan waalaupun simple
alahai seronoknya ada ruang pantry sendiri. tak perlu nk share2 dgn orglain
ReplyDeletewahh, best ada tempat lepak n makan sendiri. saya pun ada plan nak buat ruang Pantry kat bilik saya sendiri kat sekolah, nak tiru macam awak..first time dtg sini n done follow sis.
ReplyDeleteyeay! siap dah. seronok dah ada kelengkapan yang perlu ada.
ReplyDeletecomelnya pantry, seronok kan boleh hias2. kat opis aku, pantry blkg cubicle saja, tapi jrg aku guna sebab makan kat luar
ReplyDeleteNice..
ReplyDeleteBoleh la saya singgah mengopi nanti.. ehhe
ReplyDeletenice hiasan kt dindingdesign sendiri tu
ReplyDeletetakpe janji ada ruang kan..bagus guna barang yang sedia ada
ReplyDeleteMesti lagi berselera lepak makan lepas ni. I is jeles tau orang tu ada pantry. Hihi
ReplyDeletekemas je..salam kenal done follow sini.
ReplyDeletesaya sorg dah 5 6 biji tukar electric kettle . Semuanya terbakar suis . Tak pasti la kenapa , lepas guna tutup je suis tu maybe sebab extension socket tu ada suis-suis yang lain atau quality kettle tu yang mudah dan tak berapa elok .
ReplyDeletewahhhhh rajin ezy deco ruang pantry ha.
ReplyDeletenak kena ambik mood deco jugaklah hehe
Manantap ni bisa di coba untuk ruangan anak kos nampaknya cocok kalau ada quotes gitu
ReplyDeletewaalaikumussalam. best nya kan ada ruang pantry ^_^
ReplyDeleteKalau DIY sendiri lebih puas hati.. guna semula barang sedia ada.. jimat dan tak membazir..
ReplyDeleteComel pulak tulisan-tulisan tu. Saye pun suka jugak deko2 ni. hihi
ReplyDeleterajin sungguh naa...
ReplyDeleteTentang je tgk pantry
ReplyDeletejanji kemas dan bersih.. makan pun ada selera kan.
ReplyDeleteNampak simple dan kemas.
ReplyDelete