lama sangat rasanya tak update blog.. hari khamis lepas bawak sofia sekali teman mommy work jadi tak sempat la nak update blog.. tambah lagi laptop mommy ni dikonker oleh sofia tengok cerita kegemaran dia cocomelon.. berhuhu jela mommy.. jumaat membawak ke hari isnin aku cuti.. semalam pulak aku kursus.. hari ni baru masuk kerja baru la sempat nak membelai blog tercinta ni..
siapa kawan mommy yang sofia jumpa ni? haa meh nak story.. kebetulan cuti jadi bawak la sofia jalan jalan.. lagipon budak kecik tu baru baik demam, manja terlebih la dia.. bagi dia happy happy pergi jumpa kawan mommy.. alhamdulillah seronok lain macam anak mommy.. 😁
so.. inilah dia kawan lama mommy tu.. comel tak? 😂
sebenarnya aku bawak sofia tengok dinosour kat pameran panda dan dinosour yang bertempat di dataran shahbandar, kuala terengganu.. rasanya pameran ni sampai 14 Disember 2019 kot.. tak pasti pulak aku pasal tarikh tu.. 😅 seronok tengok orang lain pakat pakat pergi, aku pon tak lepaskan peluang nak pergi jugak.. sekarang aku ke sofia yang terlebih teruja ni? 😆
tiket masuk kat situ tulis RM8 tapi sebenarnya RM6 je sorang.. sofia masuk percuma je sebab kecik lagi.. haha
masuk masuk je ada sekumpulan panda menanti di sini.. bukan main riang gembira anak mommy nampak panda..
mana sofia? awat comel sangat duk dalam telur tu nak oi.. 😆
papa ingat papa comel ke bergambar dengan trex? haha.. sofia tu pulak topi dah hilang atas kepala lepas tu sibuk nak kejar bubble.. 😅
ni masa nak balik dah dan aku tak faham kenapa muka aku macam tak puas hati.. mungkin tak puas hati sebab laki aku amek gambar aku tak cantik.. 😂
sebelum balik hug panda erat erat dulu.. ala comel anak mommy! geram! ekeke.. obses kat anak sendiri
bagi aku pameran ni agak membosankan sebab sekadar tengok patung panda yang gemok gemok tu, lepas tu tengok replika dinosour gerak gerak siap ada bunyi.. setakat nak bergambar boleh la kot.. bagi sofia mungkin seronok la boleh berlari ke sana sini boleh peluk peluk panda boleh kejar kejar bubble.. alalalala comel anak mommy.. haha.. kalau kita yang dah besar gajah ni mana nak seronoknya.. 😆
bye!
xoxo
happy time
ReplyDeletebestnya, luas dan besar panda dan dinosornya... siap ada bunyi lagi tak dinosor tuh?
ReplyDeletewaalaikumussalam. comey ja kan taman tu. alhamdulillah dapat luangkan masa berkualiti dengan keluarga ^_^
ReplyDeleteSeronok la sofea. Tapi bagi kita yang tua agak bosan jugak. Fiza pernah lalui bawak anak² tengokk pameran dinasor.
ReplyDelete'Kawan Lama' sangat ni mommy Sofia..hehe..Tempat macam ni memang budak budak suka.
ReplyDeletenasib baik la rm8 je. kot kalau mahal mau mintak refund ni
ReplyDeleteTempat macam ni memang budak-budak rasa seronoknya.. kalau saya ni mau join sama jadi TREX sebab becak-becak tiak.. haha
ReplyDeleteWah.. comel kawan lama tu.. 🤭🤭
ReplyDeleteBebudak memang sukalah.. kita yolong snap gambar jelah.. hehehe
anak sedara aku pun g pameran ni..
ReplyDeletePia suka la ke sini..
Bebas bergerak
Adoii! bosan ya hahhaaa... yelah berkorbanlah kita untuk anak-anak ya mak/pak bosan tolak tepi yang penting Sofia happy ;-)
ReplyDeletehehe comelnya duk dalam telur dino tu ye :)
ReplyDeletewah sofia comel panda pun comel
ReplyDeleteyg excited tu, mak dia kot yang lebih 😂😂
anyway, quality time dgn keluarga tu yg penting 😍
seronoknye jalan jalannnn..
ReplyDeleteKawan lama ialah "seorang dinosor". Hehe
ReplyDeleteowh bagusnya ada lak buat pesta panda dan dinasour kat situ.
ReplyDeleteComel je panda banyak² tu...
ReplyDeletekwn satu tadika dulu ke? hehehe... kalau budak2 mmg laa suka tmpt2 mcm ni
ReplyDeleteWaa comeynya tgk panda panda2
ReplyDeletebestnya budak2 kalau bwk tempat2 mcm ni.. heheh
ReplyDeleteshe's so cute !
ReplyDeleteoh btw ray follow sini tau #915. salam kenal
so cute!
ReplyDelete