kepada followers baru yang mungkin akan terpinga pinga dengan entry ni boleh jemput baca kisah daun episod satu di entry ni [KLIK SINI] 😉 baru la korang tak terpinga pinga lagi dan hidup korang pon bahagia.. *tiberrrr 😆 dah petang baru sempat update pasal daun ni maklomla kalau cuti sekolah aku busy sikit banyak projek sedang berlangsung.. macam projek juta juta gittew.. haha.. so aku dah siapkan dedaunan merimbun aku ni.. tak sangka pulak aku punya bakat menggubah daun.. daun jela kalau suruh gubah bunga aku tak reti.. risau jadi pokok kelapa je nanti..
tadaA~ comel tak?
not bad la kan untuk aku yang baru merangkak dalam bidang penggubahan ni.. 😆
dedaunan merimbun ni nanti aku akan letak kat sudut motivasi dalam makmal.. sekarang sudut motivasi tu dalam proses lagi.. kalau sudut tu elok je kejadiannya akan aku share la kat blog.. kalau tak cantik aku diam diam jela.. malu la nak share benda yang tak senonoh.. kahkahkah.. aku bukan kreatif sangat.. kalau terkreatif tu mungkin secara tak sengaja..
mari kita check harga untuk hasilkan seketul dedaunan merimbun ni.. opss sebelum terlupa semua benda yang terdapat dalam gambar di atas adalah daripada kedai eco.. 👏👏👏 tepukan gemuruh untuk kedai eco kerana berjaya menjual barang barang macam ni..
daun lima set = RM10.50 (dalam satu set ada lima helai)
pasu = RM2.10
lidi = RM2.10 (tak guna banyak pon, lidi yang lebih lebih tu boleh simpan)
span = RM2.10
jumlah keseluruhan = RM16.80 sahajaaaaaaaaa 😁
onz ke tak onz dengan modal murah dapat pokok dedaunan merimbun yang gempak? haha.. masalah sekarang gempak sangat ke aku punya pokok tu? lantakla janji sedap mata aku yang memandang.. mata orang lain sakit malas aku nak amek tau! 😂
p/s : tutorial buat pokok ni korang buat cuba cari kat facebook takpon google je ok.. aku lupa nak amek gambar step by step jadi agak susah nak share tutorial.. maafkan saya insan yang hina ini..
bye!
xoxo
cantilah Ezy, kalau dekat akak dah oder sepasu lah...
ReplyDeleteakak bab mengubah ni memang fail...
yeay..ada pokok pelesu dah..haha
ReplyDeleteCantik
ReplyDeletemacam pokok hidup
Cantik daunnya tu
ReplyDeletepandainyaa..kite dalam banyak banyak bende gubahan la paling out sekali hehe
ReplyDeleteMemang onz sangatlah dengan harga tu dah boleh menghias.. Cantik je hijau merimbun..
ReplyDeleteok sangat dah nie.. pandai jugak gubah.. kalau fiza tak thu la jd mcm mn..
ReplyDeletecantik! nampak macam pokok hidup je. lepas ni boleh buka kelas gubahan..hehe
ReplyDeletecantik sangat dah tu..sisyat ni pun x pandai menggubah..hehe
ReplyDeletetp kalo mata sisyat tengok, dah menjadi sangat dah ni..
cantik bila dah siap. kreatif okay!
ReplyDeleteDah siap ye projek dedaunan. Nampak simple dan kemas
ReplyDeletealamak memang onzzzz lah ezy weyhhhh!
ReplyDeleteorg jual pokok monstera tu beratus harga ha.