deko deko bajet bersama ezy

assalamualaikum

hai uolssss.. apa khabar semua orang? harap baik baik saja la di penghujung tahun 2019 ni.. dak ezy jarang aktif kat blog dua tiga menjak ni sebab busy menguruskan kerja yang tak pernah habis.. orang lain busy jugak tapi aku lagi busy.. pedulilah pasal orang lain tu, aku cuma nak cakap yang aku busy.. masalah sekarang orang lain pon tak kisah aku busy ke tak.. kahkahkah..

hari ni ada sedikit kesempatan nak update blog, jadi aku update pasal deko makmal jela ye.. first sekali nak cerita pasal bunga.. aku bukan la seorang wanita yang gemarkan bunga kalau mendeko takde la sikit sikit nak bunga.. sebab tak berapa gemarkan kebungaan, nak gubah bunga pon aku tak reti.. itu hari ternampak atas meja budak budak ofis ada bunga hiasan cantik pulak gubahannya terus pasang niat nak jugak bunga macam tu untuk letak dalam makmal.. berdesup la ke kedai eco cari bunga.. 😄

hasil gubahan tak seberapa.. 🙈🙊

tak reti menggubah tapi ada hati nak gubah jugak kalau orang tengok mesti rasa macam nak campak je kan.. dah la buruk, huduh pulak tu.. 😆 yang kat ofis cantik je konon nak tiru sekali jadi macam hape je.. takpela sis pasrah.. 😪😫😣 pasu tu beli kat kedai eco lama dah, asalnya buat tempat letak pen, pensel bagai tapi macam sesuai untuk letak bunga aku amek jela.. bunga tu baru beli harusla colour kuning menepati tema makmal kononnya.. 😁 tak cantik takpe asalkan ikot tema.. haa gittew.. haha

deko kedua pulak berkisahkan tentang bekas pensel yang telah dirembat oleh aku sendiri untuk dijadikan pasu.. itu hari ternampak kawan pembantu makmal aku post kat IG pasal bekas pensel dia guna bekas berus gigi je yang beli kat kedai eco.. tiba tiba datang idea nak buat macam tu jugak.. berdesup lagi ke kedai eco cari benda alah tu.. mentang mentang la kedai eco dekat kan.. kejap kejap berdesup.. kahkahkah.. yang kawan aku punya tu bentuk ladybug, tapi aku cari tak jumpa sekali jumpa bentuk katak.. hentam jela.. 😅

walaupon rupa mu katak tak secantik ladybug tapi sebab kaler menepati tema aku onz! haha
tak boleh lekat kat dinding, lekat je kat board tu.. pon boleh..

nak fikir pasal deko rumah, bayang rumah sendiri pon tak nampak lagi.. jadi bakat mendeko aku ni aku curahkan kat makmal dulu.. haha.. boleh la dari terpendam je bakat tu kan.. nanti kalau pendam lama sangat hilang la skill.. 😆😆

sekian saja segmen deko untuk kali ni, jumpa lagi di episod akan datang.. *acah acah pengacara pulak..

bye!
xoxo

13 comments:

  1. Berseri-seri makmal dek penangan hasil kreativiti Ezy :)

    ReplyDelete
  2. walaupun simple tapi cantiknya ada :-)

    ReplyDelete
  3. cantek je gubahan bunga kuning mu tu.. Dah elok rupa dia..
    Btw katak tu comey jugak..

    ReplyDelete
  4. simple selalu nya cantik. saya suku bunga tu. ni pun plan nak tukar deco cubicle kat office tapi idea masih bercuti 😁

    ReplyDelete
  5. cantik hasil gubahan bunga tu tapi katak tu walaupun hanya bekas tetap tak boleh tengok. Sejenis geli dan anti katak. huhu

    ReplyDelete
  6. bunga tuh simple tapi cute apa...

    rajin betul ezy dok mendeko-deko.. mesti berseri-seri makmal tuh

    ReplyDelete
  7. Geng la kita ezy. k.fiezz pun tak suka sangat corak2 bunga ni. Kalau nak menggubah lagi la out. Suka nak menggubah, mendeko tapi tue la tangan jenis tak berseni. kalau rasa nak mendeko tu, main deko je ikut suka. janji kat mata sendiri dah rasa tahap cun. haha.

    ReplyDelete
  8. cantikk..please dtg mkml CR, deco2 kan..suram sgt da mkml CR hahahaha

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!