terjatuh cinta dengan kopi pulak!

assalamualaikum

aku ni bukan manusia penggemar kopi tapi sejak mula diet aku dah jatuh cinta dengan kopi ni.. mula mula memang rasa pelik sebab kopi kosong je kan tapi lama lama rasa sedap pulak.. setiap hari mesti nak minum kopi ni.. sangat sesuai la untuk orang yang tengah diet sebab kalorinya sangat rendah satu sachet 7kcal sahaja.. 😊

*pic from google
ini la rupa kopi sedap tu.. kopi essenso nama diberi.. 😆

antara biru dengan pink aku lebih suka pink.. rasanya lembut tak strong sangat.. kalau biru tu memang kaw tapi tak berapa kena dengan tekak aku.. mungkin aku ni bukan penggemar kopi tegar.. haha.. kalau korang suka kopi kaw boleh try yang biru punya.. 😄

ni kopi kosong tau memang rasanya pahit pahit sikit tapi sedap! aku selalu minum kosong macam tu je kadang kadang campur dengan susu farm fresh.. Allahu.. sedap sungguh! dan kopi ni jugak sesuai untuk sahur.. serius sangat mengenyangkan.. perut takde meragam pon masa puasa tu.. tambah bertenaga lagi ada la.. 😁

hari hari bawak bekal kopi essenso pergi kerja letak dalam termos pink ni.. 😋

sejujurnya ini bukan paid review ye.. aku saja share dengan korang sebab ni je datang idea nk update blog.. tengah rajin mengupdate ni, kang datang malas sebulan tak berupdate.. 😆😆

bye!
xoxo

12 comments:

Sheila Arshad said...

haritu ada minum kat rumah SIL sedap...tp asal beli kopi mesti terbeli brand lain. ishhhh

Mrs. A said...

Mrs. A memang pegggemar kopi tapi belum pernah cuba lagi kopi Essenso nih!
Nanti nak cubalah ;-)

Han said...

kopi glemer utk geng diet ni.. btw termos pink & laptop pink awak cute.. memang sejak lahir suka benda cute ye??

Cik Renex said...

beli kt mne kopi ni ezy..nak try

dear anies said...

selalu nmpk billboard je tp x penah cuba kopi ni

dya nasir said...

lepas ni nk try lah minum coffee essenso.

mama tisya said...

bkn penggemar kopi tp bila mengantuk cari kopi juga la sesekali

Azhafizah MN said...

kalau fiza mesti suka yang biru tu sebab suka kopi kaw. Tq share

SalbiahM said...

sejak diet nak naikkan berat ni dah kurangkan kopi. Tapi teringin pulak bila tengok termos pink comel.hehe

AtieYusof said...

Suka kopi & nescafe,tapi yg ni belum pernah try...:)

Nina Mads said...

bukan peminat kopi jugak. hehehe..

mummy_ayu said...

dah mcm2 brand kan...