hello july!

assalamualaikum


pejam celik sudah masuk bulan ke tujuh tahun 2024.. pejam celik lagi masuk tahun 2025.. begitu pantas masa berlalu.. sedar sedar dah tua.. kehkehkeh.. macam mana bulan jun korang? dipenuhi dengan benda benda yang manis ke? harapnya bulan julai lebih baik untuk kita semua..

bulan lepas aku berjaya hadiahkan diri sendiri dengan seketul gadget.. memandangkan laptop pink aku selalu sangat hang dan slow, laptop kakak aku bagi pulak skrin dah rosak jadi agak susah untuk aku buat kerja.. so slow slow kumpul duit akhirnya berjaya membeli sebijik tablet.. kenapa bukan laptop? sebab laptop sekarang sangat mahal.. setakat nak buat kerja kerja microsoft aku pilih tablet jela.. lagi pon senang nak on off.. macam handphone.. kehkehkeh..

hello my honor pad x9 =')

dapat beli tablet pon rasa nak menangis.. hati tisu sangat ke aku ni? penat kumpul duit tak terasa bila dapat beli apa yang kita nak.. dengan adanya tablet ni mudah la aku nak buat kerja.. senang jugak nak bawak ke hulu ke hilir.. nak update blog lagi la senang.. zap zap terus on.. ihiks.. alhamdulillah syukur dengan rezeki yang Allah SWT bagi.. ☺

setakat ni puas hati guna honor tab ni walaupon kualiti camera biasa biasa je.. aku beli bukan untuk ambil gambar so tak penting sangat kualiti camera tu.. nak tengok kdrama pon syok sebab ada enam speaker.. skrin agak besar jugak 11 inci, lepas tu dapat pulak keyboard original free.. ciri ciri yang aku nak ada pada honor tab ni.. 😁

lepas ni nak hadiahkan diri sendiri apa pulak? haha.. botak la kepala tiap tiap bulan nak hadiah.. boleh jadi miskin kalau asyik self reward je.. 😂

bye!
xoxo

6 comments:

  1. wowwwwww tablet senang bawak ke hulu ke hilir kan! hehehe

    ReplyDelete
  2. Wahh..Nice..Sy belum beli ape2 lg utk self reward..=D

    ReplyDelete
  3. wah lawa..mudah nak bawa sana sini

    ReplyDelete
  4. Kejap je kan dah July dah T_T

    ReplyDelete
  5. Tahniah sis. Next gajet jugak ke atau elektrik? :)

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!