family day - asfa d'village, kemasik [part two]

assalamualaikum

sambungan dari PART ONE

lepas maghrib malam tu dalam pukul 8.00 kitorang start aktiviti bakar bakar ayam.. aku bahagian fotografi kononnya sibuk mengabadikan kenangan dalam camera handphone.. kehkehkeh.. acah acah terer sangat amek gambar cantik cantik..

geng bapak bapak bahagian bakar ayam..

geng mak mak macam biasala sibuk mengwefie.. 😆
nampak kelibat sofia belakang, tak kisah dah kat mommy sibuk main dengan kawan kawan.. 😅

masa duk sibuk bakar bakar ayam tu, kilat guruh bukan main meriah.. tak sempat nak bakar ayam semua, hujan turun selebat lebatnya.. makan makan la kitorang dalam hujan di bawah kanopi.. ihiks.. kitorang bakar ayam je, nasi goreng pihak asfa dah sediakan.. siap menjamu selera, kembali ke bilik masing masing.. rehat dan tidur!

keesokkan harinya, pukul 8 pagi kitorang breakfast dulu.. breakfast pon disediakan oleh pihak asfa.. siap breakfast, kitorang mulakan aktiviti sukaneka.. masa ni berperang jugak dengan budak budak sebab diorang lagi teruja nak mandi kolam.. 😅

antara aktiviti sukaneka yang sempat buat :
1. rebut kerusi untuk anak anak
2. rebut kerusi untuk mak mak
3. rebut kerusi untuk bapak bapak
4. lari berpasangan
5. makan biskut

acara makan biskut geng jejaka

acara makan biskut geng wanita

yeaa sofia dapat hadiah rebut kerusi walaupon kalah awal awal lagi.. haha

gambar sukaneka tak banyak, aku banyak amek video je tapi enjoy betul, banyak gelak dan paling penting semua sporting.. walaupon family kitorang semua first time jumpa tapi boleh ngam.. kiranya tercapai la objektif family day ni kan untuk mengeratkan silaturahim.. kehkehkeh.. dah settle acara sukaneka, apalagi jom terjun kolammm! 😆

thank you papa sebab jaga sofia.. bagi chance kat mommy enjoy mandi kolam dengan kawan kawan.. 😛

macam cover majalah mangga dulu dulu.. trademark diorang photoshoot dalam kolam..
siapa geng 80an - 90an mesti tau.. 😆

happy!

enjoy!

dah penat berendam masing masing bukan main kelaparan.. ada lebihan ayam malam tadi, mintak tolong pihak asfa gorengkan.. so boleh isi perut lepas enjoy dalam air.. ihiks.. dah kenyang, masing masing bersiap untuk check out.. rasa tak puas je dua hari satu malam.. macam taknak balik je.. haha.. tapi apa boleh buat, kerja menanti.. kena kembali ke rutin asal..

alhamdulillah berakhir sudah family day untuk geng staff.. mak bapak happy, anak anak pon happy.. insyaAllah ada rezeki boleh buat lagi.. mana tau lepas ni ramai lagi yang nak join.. lagi ramai lagi meriah.. hehe.. sebelum pulang ke destinasi masing masing, bergambar secara berjemaah dulu.. ni acara wajib! boleh upload kat socmed lain, eksen dengan kawan kawan yang tak join tu.. haha

thank you semua! 💜

😊😊

bye!
xoxo

8 comments:

  1. menarik jugak ni, kemasek dah dekat dengan umah mil akak tu

    ReplyDelete
  2. Seronok bila semua sporting join game sukaneka kan.

    ReplyDelete
  3. menarik. boleh riki-riki tempat ni. hujan-hujan makan ayam bakar. best tu

    ReplyDelete
  4. trademark majalah mangga...hahahahaha.. seronok buat family day ni kan..dapat erat silaturahim..

    ReplyDelete
  5. Bestnya family day buat macam-macam aktiviti. Dapat berkumpul ramai-ramai tu yang mahal dan bermakna.

    ReplyDelete
  6. nampak happening sangat family day sis

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!