culik anak keladi.. ihiks

assalamualaikum

sabtu lepas balik kampung suami kejap sofia jenguk atuk dan nenek dia.. sampai sampai je si sofia terus bukak buku mewarna dia, ajak mommy main kaler kaler.. maklumla dia sorang takde kawan, ajak mommy jela main..

main kaler kaler sampai dia bosan.. mommy dah naik jemu tengok buku mewarna ni.. 😅

sedang elok sampai sana memang waktu makan tengahari.. isi perut dulu lepas dah kenyang rilex rilex kejap.. si sofia ni mula dah kebosanan terperuk dalam rumah, ajak pulak papa main kat luar.. aku pon tumpang jenguk sekali kat luar cuci cuci mata.. terpandang pokok keladi yang mak mertua tanam.. eh banyak pulak anak pokok ye.. culik satu best jugak.. mak mertua aku cakap amek la.. dia pon tak kisah.. ihiks.. seronok!

cantik kan? mana tak jatuh cinta dibuatnya.. 😍

keladi keladi ni semua asalnya kakak ipar aku jugak yang tanam.. dia bawak balik dari temerloh.. bila dah banyak anak keluar, mak mertua aku asingkan letak kat pasu pasu lain.. makanya berpasu pasu la pokok keladi mak mertua aku ni.. haha

dapat anak keladi.. yeaaa!
ada lagi dua anak keladi yang mak mertua aku bagi, lupa amek gambar..
so total dapat tiga anak keladi.. yea yea yeaa!

bagi aku la, pokok keladi paling senang jaga.. tak perlu gigih sangat siram je selalu lepas tu baja seminggu sekali.. haa macam tu la aku buat.. alhamdulillah segar bugar pokok pokok aku.. hihi.. kalau yang jenis susah jaga aku tak berani lagi nak bela.. nanti kesian pokok mati bawah jagaan aku.. 😅

siapa suka keladi? kita geng!

bye!
xoxo

14 comments:

  1. Cantik pokok keladinya... Rezeki dapat free :D

    ReplyDelete
  2. anak pompuan senang ajak main kaler2 buku.. si Uyum kureng suka kaler mengaler ni hahah

    ReplyDelete
  3. akak suka keladi yang ubi dia tu je dik heheheh sedap goreng ke buat pengat, kalau nk tanam sebagai hiasan idok minat

    ReplyDelete
  4. Cantik. Senang ye jaga? Kalau senang boleh cari jugak nanti 😊

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, rezeki dapat anak-anak keladi! :) Aunty nak join Sofia mewarnalah. Nampak best je...

    ReplyDelete
  6. mahal jugak pokok keladi ni kat nursery.
    lelebih yg daunnya ada corak rare.
    untung lah dpt free :)

    ReplyDelete
  7. mak mertua pun rajin tanam pokok keladi..menantu dia tangan panas..pokok mati jeee...hahaha

    ReplyDelete
  8. comelnyaaa.. sy teringin nk tanam pokok. tp smpai kesudah x buat2. hehe

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!