shopping lagi di kedai eco

assalamualaikum

aku selalu sangat ke kedai eco ni kadang kadang tak tau nak beli apa tapi nak jugak ke kedai eco.. macam satu terapi pulak bila masuk kedai eco hati yang gundah gelana tiba tiba jadi happy.. ekeke.. ok ini cerita minggu lepas.. aku nak cari cermin kecik je sebenarnya tapi macam biasa la mesti terbeli jugak barang lain.. normal kan? korang pon macam tu.. eleh ngaku cepat! 😆

ni la cermin kecik yang aku nak sangat tu.. senang nak mekap.. 😁

dah beli cermin, aku terbeli pulak benda alah ni.. 
ni namanya eraser tau.. comel tak? haha.. aku nak buat hiasan kat meja kerja..

ni anak dara i punya..
bukan main lagi dia nak cermin mata hitam.. 😎
tengok aku beli eraser, dia pon nak jugak.. nak donut katanya.. amek la nak oi nasib baik murah je.. 😂

bagi aku satu kepuasan yang tak boleh diungkap la bila dapat masuk kedai eco ni.. walaupon masuk hanya untuk cuci mata.. tapi setakat ni tak pernah lagi aku masuk kedai eco tangan kosong keluar dengan tangan kosong.. paling kurang pon mesti tersangkut satu barang nak beli.. bersaka betul la kedai ni! 😆

bye!
xoxo

15 comments:

Han said...

Area rumah aku xde kedai ECO. ada kedai RM2 NT. Barang viral kat Eco takde kat Kedai NT. Tu pun selalu jugak aku g kedai 2ringgit. Laki pun dah faham sangat! Lambat nampak kedai 2ringgit mesti nk brenti. ada je beli biarkan seketul bakul pun. tetap kena beli. hahaha..

norhidana said...

memang kedai saka berhantu betul eco nih, kalau masuk sini tak pernah la tak beli apa... konon nak beli 10 barang je... memang tak la

dear anies said...

kedai mcm ni sgt bahaya. msk tangan kosong keluar ada brg eh ehh

SNM said...

Selalu tgok org sentiasa ramai kat kedai eco tu. So, pernah pergi sekali je masuk kedai eco. Masuk then keluar dgn tgn kosong, sbb xtaw nk beli apa kat citu... Hahaha...pelik kan tapi benar. Tp berkenan lah tgok double side mirror tu...

Love, SNM

Umi Nazrah said...

kadang tensen pi ke kedai eco. haha. asal nak beli 1 barang ja. tapi menipu sangat lah kan. keluaq kedai ja, penuh tangan. benci. hahahahaha

Ana Jingga said...

haha kak ana kalau tak ada nak beli memang tak masuk kedai eco ni , sebab nanti berekor2 bil nya hehe :)

Azhafizah MN said...

memang satu terapi masuk kedai eco ni. kadang tak beli apapun just tengok² je

mama tisya said...

kalo ke kedai eco sure rambang mata...mcm2 nk bli

Orchid Puteh said...

Memang, kena rasuk terus kalau ke mari

Mekar said...

Cermin kecik tu Mekar ada lagi tau. Dah lama guna masih okay lagi. Takde lah kemek pape pun. Tapi, beli dulu-dulu mahal sikit harga dia. Now dah boleh dapat di kedai eco je, jimat betul ni

Cik Renex said...

Kedai berhantuuu.. hehe

Cik Renex said...

Kedai berhantuuu.. hehe

Akashah Kassim said...

Seronok shopping kedai eco
Bahay kalah shopping kt shopee

Sha Mohamed said...

Memang seronok sangat kalau dapat membeli belah di kedai ECO nie.. hehehe..

Raz said...

klasik cermin tu hehehe