dulu dah pernah buat projek pantry ni tapi kecundang di tengah jalan sebab malas dan entry tu pon aku dah delete.. terasa sayang pulak delete entry lama tapi takpe la.. hidup kena teruskan.. usah dikenang benda yang dah lepas.. 😅
pantry ni bukan kat rumah ye tapi kat tempat kerja.. agak bertuah jugak aku kerja as a lab assistant ni sebab dapat bilik sendiri macam boss.. bilik aku pulak luas jugak ada ruang untuk berehat dan solat.. dan ada lebihan ruang boleh dijadikan pantry.. waktu rehat aku takde keluar merayap pon maklum saja la ye kerja kat sekolah, sekolah pulak bukan kat bandar tapi kat kampung je.. kat kampung celah mana nak datang mall? waktu rehat berkurung jela dalam bilik.. tapi syok jugak boleh tidur boleh tergolek golek boleh buat sukati kau la.. 😂
ni la ruang yang aku maksudkan kat atas tu.. konsep ruang ni warna warni asal hadooo.. 😆
waktu rehat aku suka lepak kat kerusi malas tu sambil peluk olaf wahhh heavennya.. ekeke.. kadang kadang baca novel, kadang kadang main handphone, kalau mengantuk sangat aku tidur je kejap.. syok wooo sangat privacy.. 😁 untuk jadikan ruang pantry, aku pisahkan ruang rehat dan ruang pantry guna troli tu.. berguna jugak troli usang ni.. walaupon usang masih berfungsi.. haha.. atas tu letak printer so kalau nak print duduk je situ.. printer jarang jarang guna jadi takde masalah kalau letak situ..
close up sikit ruang pantry ni..
kisahnya pantry aku tak lengkap lagi pon sekarang tengah survey heater kat shopee.. ada yang menarik nanti aku beli.. senang nak buat kopi.. banyak lagi benda aku nak buat kat ruang pantry ni.. nak cari meja makan.. meja makan tu nanti guna meja budak yang rosak je.. mintak tolong makcik cleaner carikan.. 😄 lepas tu nak beli alas meja kat kedai eco, kat dinding tu nanti nak hias hias sikit.. ish tak sabar nak siapkan ruang pantry ni!
dah siap nanti insyaAllah aku akan update.. kalau tak terupdate tu maknanya pantry tu kecundang lagi la.. 😂😂😂😂😂
bye!
xoxo
tak sabar nak tunggu hasilnya.
ReplyDeleteAlhamdulillah.. bilik besar selesa. sini aku kalau nak baring kena masuk bilik solat (bilik discussion), cina sini tak masuk kalau nampak selipar aku kat luar bilik ni..hehe
menariknya.... best boleh melepak dengan kawan2 jugak dalam tu...
ReplyDeletebest la akak tengok ruang lab tmpat ezy nih
weyyyy , bestnya ada bilik sendiri . Luas pulak tu . Ada privacy sendiri , tak kemas dan cukup barang pun takpe asalkan kita selesa . Okey dah tu , janji ada ruang nak makan nak buat kerja nak solat n yang penting ruang untuk landing-landing luruskan pinggang .
ReplyDeleteBest kan? Dulu masa kat opis lama, saya ada stor sendiri... siap bantal tilam dan selimut.. Jumaat je memang situlah lepaknya.. now dah jadi sejarah.. sob sob sob..
ReplyDeletewow nampak besar
ReplyDeletewah bestnya. dah rasa macam bilik sendiri pula bila dah selesa..haha
ReplyDeletebest ada ruang sendiri, if aku cfrm bawa bantal tuk baring2 kat kos malas tu, selamat menghias tuk yg seterusnya 😁
ReplyDeleteBetul tu... Kalau di sekolah kampung, memang tak merayau la nampaknye. Ok jugak ada pantry dan bilik rehat sendiri. Bila² waktu rehat... Boleh duduk santai² kat situ.
ReplyDeletesyoknya ade bilik sendiri
ReplyDeletehee~ tak pe.. pelan2 tambah barang nanti penuh lah.. kalau pada kakak, ni pun dah okay ni.. simple..
ReplyDeleteuntung sangat ada bilik dan pantry sendiri. Senang juga tak perlu keluar untuk lunch dan solat.Ini pun dah bagus sangat.
ReplyDeletesyok pantry beso camni..ada kerusi malas tu bole rehat2 tp jgn malas2 hehe
ReplyDeletewah, deco2 sendiri terbaik
ReplyDeleteNi yang jeles ni. Saya keje kat office cubicle sekangkang kera je. Selamat menghias pantry ye
ReplyDeletebesar gak ek pantry nya
ReplyDeleteWah X sabar nak.tgk.makeover
ReplyDeletep
ReplyDeleteKami doakan semoga ruang pantry tu berjaya direalisasikan.. Tak kan kecundang punya.. you can do it..
ReplyDelete