kotak ubat

assalamualaikum

today is awesome day.. tu je nak cakap.. haha.. ok nak cerita pasal kotak ubat yang macam first aid tapi tak layak dikategorikan sebagai first aid pon sebab ahli ahli dalam tu tak cukup lengkap.. 😁

ni kotak ubat kat lab aku yang aku labelkan sebagai medical kit.. 😄

layak la letak nama medical kit daripada first aid ye tak? kikiki.. bekas tu aku beli kat happy home tapi dah lupa harganya berapa dah lama kot aku beli.. awal tahun itu hari.. aku pilih warna grey sebab nak ikot tema lab aku grey + yellow.. tengok, label pon colour kuning kannnn.. 😉

jom tengok isi dalamnya ada apa.. 💁

tadaaa~

1. plaster
2. kapas
3. minyak gamat
4. balm
5. minyak angin

semua peralatan di atas aku beli kat kedai eco jeee.. kapas tu sepatutnya yang bentuk bulat bulat tapi nan hadooo.. yang macam gitu pon kira lulus jela.. ubat ubat pon macam tak banyak je kan.. takpe nanti slow slow aku topap.. 😁

medical kit ni penting sangat letak kat lab sebab korang sendiri faham la bila sebut makmal mesti berdepan dengan risiko kecederaan.. bukan pada pelajar je, tapi pada aku jugak.. contoh la tengah syok cuci bikar, sekali bikar tu terjatuh lalu pecah dan terkena tangan.. haaa cuak tak? cuak tak? sooooo, dengan adanya medical kit ni boleh la beri rawatan awal kepada mangsa.. haa gitu.. dah macam hakak hakak JPAM bagi ceramah dah aku rasa.. 😆

kadang kadang ada jugak pelajar datang mintak minyak angin.. sakit perut la.. pening kepala la.. ada medical kit ni senang jadinya.. boleh berkhidmat pada anda bila bila masa yang anda perlukan.. kehkehkeh..

eh jangan lupa, kat rumah pon kena ada tau!

bye!
xoxo

6 comments:

Anum said...

singgah

Farrah MF said...

Comelnya medikal kit. Kira dah nak lengkap dah tu...tinggal tambah betadine dan air saline untuk cuci luka

norhidana said...

kene tambah lagi tuh... dettol ngn anticeptic cream, kot2 kalau ada yg luka2 itu benda penting jgk ...

Han said...

Bagus pembantu makmal.. Lengkap sediakan semua..
Medikal kit simple2 mcm ni pun dah ok sbg rawatan sementara sblm g klinik.

Azhafizah MN said...

medical kit wajib ada di mana-mana. boleh guna pada saat² diperlukan

sHaRiNa eLyaNa said...

Pnting bawa kemana2 medical kit ni..gud sharing hihi..d rumah pun msti ada tau hihi..malang xberbau