my workstation yang indah

assalamualaikum

elok je termenung datang idea nak update blog.. walaupon tujuan asal aku aktif balik berblogging ni hanya suka suka tapi tetap rasa nak update selalu.. rasa menyesal delete entry entry lama tak hilang lagi ni, jadi aku rajinkan update blog.. konon nak tebus kesalahan la tu.. 😆 ala masa delete entry entry lama, tak terfikir pulak akan aktif balik.. menyesal pon tak guna.. 😭

ok baiklah.. berbalik kepada topik kita kali ni.. aku nak share workstation aku.. sedia maklum aku ni pembantu makmal, jadi macam boss la gayanya ada bilik kerja sendiri.. kau hado? kehkehkeh.. riak pulak..

workstation aku masa tahun 2014.. kosong je tak pandai mendeco lagi masa ni..

aku posting kat sekolah ni tahun 2012 dan secara officialnya dapat bilik sendiri pada tahun 2014.. dua tahun menumpang bilik orang.. sadis jugakla faham faham jela kalau menumpang ni.. nak buat apa apa macam rasa tersekat sikit.. yela bukan hak kita kot.. so masa tu aku pasrah dan redha je.. 😁

workstation aku masa tahun 2016.. dah banyak aksesori tambahan kat situ.. dah mula pandai mendeco kononnya.. ekeke..
PC tu aku dah jual sebab nak guna duit.. yela aku bukan orang have have.. 😅

aku ni spisis yang suka ubah kedudukan perabot.. dalam setahun ada la tujuh lapan ratus kali adjust kedudukan meja.. kejap kejap pusing sana.. rasa tak best, pusing sini pulak.. dah ada bilik sendiri kan.. nak buat apa apa pon tak orang marah.. hee.. bahagia!

tadaaaa~ ni la workstation aku sekarang.. dah berubah kan..
dinding pon dah bertukar warna.. masa diorang renovate makmal itu hari, diorang offer nak tukar colour dinding bilik sekali.. aku on je.. nasib baik cantik.. 😊

ni bahagian belakang meja.. rak untuk file dan buku buku rujukan.. beli kat giant je.. atas rak tu penuh dengan hiasan kedai eco.. 😆

ni bahagian tepi meja.. board putih tu beli kat mydin.. sebelah board ada tempat gantung kunci.. pehal la banyak sangat kunci.. 😅

ni dekat pintu masuk bilik.. aku paling suka bahagian ni sebab cantik.. *puji diri sendiri 😂 sendiri deco sendiri cakap cantik..
aku gantung gambar gambar aktiviti dengan kawan kawan kat sini.. 😊

aku ni memang suka mendeco.. sekarang takde rumah sendiri lagi, jadi aku deco jela bilik aku ni.. walaupon banyak habis duit sendiri, hati aku puas.. tempat cari rezeki kot mesti la nak sedap mata memandang.. takkan la nak selekeh selekeh je kan.. boleh stress jadinya.. 😆 tempat kerja cantik dan kemas, kita jugak yang selesa.. buat kerja pon rasa seronok je..

selain bilik ni, makmal pon aku mendeco jugak tapi sekadar termampu jela.. makmal cantik, pelajar pelajar pon seronok nak belajar.. 😊

workstation korang macam mana? jom share!

bye!
xoxo

7 comments:

  1. cik ezy kan suka kreatif2 dan kraftangan ni.. mestila cantek workstation cik ezy

    ReplyDelete
  2. Mesti semangat nak kerja ada workstation cantik dan ceria :)

    ReplyDelete
  3. samalah kita. suka ubah² semua untuk mood baru.

    ReplyDelete
  4. samalah kita..tapi kat rumah laa,,sebab kat opis kita tak ada bilik sendiri..depan bilik bos plk tu duduknya..ahahhaa

    ReplyDelete
  5. Workstation Mrs. A biasa-biasa je sejenis tak kreatif huhuhu...

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!