bergaya dengan baju murah

assalamualaikum

alhamdulillah.. sakit gigi aku ni beransur pulih.. semalam dah pergi klinik dan dah amek ubat antibiotik.. tak boleh nak cabut lagi la sebab masih bengkak.. tapi takpe, bersyukur sangat gigi dah ok, dah boleh makan macam biasa, dah boleh senyum gelak ketawa dan dah boleh membawang.. 😂 elok baik nak membawang pulak datang sakit balik nanti baru padan muka aku.. 😆

berbalik kepada tajuk entry.. bukan la kata baju mahal tu tak boleh bergaya, boleh sangat la tapi just nak share dengan korang, nak bergaya tak semestinya kena perabis duit beli baju mahal.. baju murah pon takde hal.. disebabkan aku ni bekerja di sekolah, jadi sangat sangat memerlukan baju yang banyak untuk dipakai.. setiap hari pergi kerja kena pakai baju kurung kotttt.. 😄

so, untuk bulan lepas aku beli la sepasang baju kurung moden.. tak mahal pon harganya cuma RM69 sahaja.. murah kan? berbaloi la beli sebab cantik.. dan paling penting baju tu dipakai oleh aku yang sedia cantik ni.. kahkahkah.. spisis perasan ni sikit sikit nak up diri sendiri.. *sis lapar pujian okehhhhh!

nah sis belanja OOTD.. ni gambar semalam punya tau.. pipi still bengkak, hari ni dah surut bengkak tu.. 😊

simple je baju ni, tapi aku suka.. takde la sarat sangat just ada lace je sikit bawah tu.. sesuai la untuk pakai pergi kerja kat sekolah.. tak over merelip merelap macam artis.. haa gittew.. tujuan utama beli baju ni sebab nak matchkan dengan tudung hadiah birthday.. tu je.. ekeke.. alasan sangat kukuh untuk beli baju baru.. 😚

baju murah, handbag murah? takde halllll! janji selesa.. hee..

p/s : OOTD dalam makmal pon jadi! 😆

bye!
xoxo

welcome back my bff!

assalamualaikum

ini cerita hari ahad lepas, disebabkan sakit gigi dan bengkak gusi, hari ni baru ada mood nak update pasal cerita ni.. bff aku ni cuti bersalin tiga bulan itu hari.. so hari ahad dia kembali bekerja la.. pagi pagi datang sekolah dah ajak bergambar.. sejenis yang pantang nampak camera memang macam ni.. 😆

welcome back akma! makin gojes lepas beranak.. 😆😆

dan jugak last day dayah di sekolah.. dayah cikgu yang ganti akma masa cuti bersalin..
oh dayah si baju purple..
bff tak cukup korum jugak sebab yana tak sihat.. mc pulak dia itu hari..

geng GG dah kembali meriah la lepas ni.. cadangnya hari ni nak pergi makan makan kat KFC sempena birthday geng GG bulan septemper tapi tak jadi pulak.. tambah pulak aku ni masih bengkak gusi lagi.. mujurla sakit gigi tu dah kurang sikit hari ni..

doakan aku cepat sembuh ye!

bye!
xoxo