sale 6.6 punya penangan

assalamualaikum

dah pesan kat diri sendiri jangan buka shopee jangan buka shopee tapi tu la lagi dilarang lagi dibuat.. kehkehkeh.. kita ni sejenis mudah terpengaruh kalau dah cuci mata kat shopee tak kan takde beli apa apa kan.. sikit banyak ada la jugak tiga empat barang tercheckout.. ihiks.. jom tengok apa aku beli masa sale 6.6 itu hari..

dah lama aim nak beli keyboard comel-nak-pengsan macam ni, akhirnya dapat jugak beli.. itu hari ada beli dah tapi tak function so hantar balik kat seller.. rezeki dapat beli masa sale 6.6.. hee.. laptop stand tu pon dah lama jugak duk aim nak beli.. macam gini baru semangat nak update blog kan? 😚
link : laptop stand

kitonyo suko kopi.. ihiks

comel jugak kan pen ni? ada je kaler pink tapi lebih tertarik dengan kopi.. πŸ˜†
link : pen kopi

serius cakap aku beli cawan ni sebab ada teddybear je kat situ.. πŸ˜…

barang barang yang aku beli ni idokla mahal, total semua tak sampai pon seratus.. beli semata mata dapat free shipping kecuali keyboard tu je beli sebab harga murah dari harga asal.. so berbaloi ke tidak beli masa sale? bagi aku berbaloi je kot.. kalau pandai godek godek shopee tu silap silap dapat free je semua.. aku takla serajin itu nak menggodek.. dapat beli harga murah sikit pon happy dah.. kehkehkeh

bye!
xoxo

breakfast kat kedai kopi ngabang

assalamualaikum

cerita ni kalau ikutkan dah basi, makanan yang aku makan tu pon dah hadam elok tapi macam biasa la aku kan penulis blog yang busy.. ni baru ada masa nak update.. ihiks.. cuti sekolah seminggu itu hari ada la bawak sofia teman aku kat tempat kerja.. alang alang dah bawak dia, bawak la breakfast kat kedai kopi bukan selalu pon dapat peluang macam ni.. gunakan masa yang ada.. haa gittew..

kedai kopi ngabang ni tak jauh pon dengan tempat kerja aku.. buka awal pagi dan tutup dalam pukul 11 pagi macam tu.. memang dibuka untuk makan pagi jela.. kebetulan pulak kedai tu letaknya dekat sangat dengan office kawan aku, so ajak dia join sekali.. nasib baik dia tak busy, aku main ajak je kan.. 😁

aku pilih nasi lemak si sofia nak makan roti bakar katanya..

gembira dapat roti tapi sudahnya mommy yang kena habiskan.. dia paw nasi lemak mommy.. πŸ˜‘

aku pernah datang breakfast kat kedai ni dua tiga kali jugak dan akan repeat lagi lain kali sebab roti bakar dan nasi lemaknya sedap! kopi kat sini pon not bad kena dengan tekak.. harga pulak sangat berpatutan dan paling suka dekorasi kedai ni sangat sangat unik! tapi tu la lupa pulak nak snap gambar suasana dalam kedai.. ihiks

bye!
xoxo

11 years πŸ’•

assalamualaikum

gaduh baik gaduh baik, dah sebelas tahun rupanya aku kahwin.. ihiks.. terasa baru je lagi naik pelamin kepak kepung kepak kepung bunyi kompang.. sebelas tahun bagi aku belum cukup matang.. orang kata baru je kenal pasangan.. sebab tu banyak gaduh tapi alhamdulillah suami selalu mengalah.. kita orang perempuan mana pernah salah.. beras kita yang tanak.. kehkehkeh..

pandai jugak anak aku snap photo ni.. 😏

sempena anniversary kitorang semalam yakni 8 Jun 2024, kitorang pusing pusing dalam mall je.. tu pon sebab perut lapar belum lunch lagi.. pagi semalam aku ke sekolah sofia ada mesyuarat PIBG lepas tu terus keluar.. takde beli kek bagai, entahla laki aku ni tak reti reti nak buat suprise sikit ke? πŸ˜†

walaupon suami aku tak romantik tak reti nak bersweet bagai tapi aku bersyukur sebab dia sentiasa meringankan beban aku dari segala hal.. banyak tolong dalam urusan rumah dan anak.. kalau bergaduh memang dia banyak mengalah.. aku ni jenis degil jugak nasib baik dia boleh handle.. ihiks.. nanti raya i mintak maaf lagi okay.. 😜

happy anniversary untuk kami laki bini!

bye!
xoxo

cafe hunting!

assalamualaikum

kadang kadang apply cuti bukan nak pergi mana sangat, lebih kepada nak berehat dan santai santai dengan family.. amek peluang hari cuti untuk settlekan beberapa perkara lepas tu ajak suami dan anak lepak cafe.. reward diri dengan makan sedap sedap.. sesekali takpe macam ni kalau hari hari botak jugak kepala.. haha

pilihan kami untuk itu hari, pastelmonomy! erk sebenarnya pilihan aku, suami layankan je.. kehkehkeh

kebetulan tengah scroll tiktok lalu pulak video cafe ni kat FYP aku lepas tu nampak sedap je apa kata kita try jela kan alang alang dah tengok.. ihiks.. terima kasih encik suami sentiasa memenuhi kehendak isterimu ini walaupon aku bersungut itu dan ini.. biasala perempuan bab makan je pon nak cari gaduh.. πŸ˜‚

sementara tengah que nak mengoder tu kan boleh la cuci mata tengok segala mak nenek pastry ni.. πŸ˜‹

dan sini jugak.. πŸ˜‹

aiskrim matcha chibana.. chibana ni owner dia isaac osman tau.. masa khairul aming datang sini idokla kami rajin nak beratur.. ramai sangat umat manusia weh..

anak aku merengek nak aiskrim, tapi dia tak pernah rasa pon aiskrim matcha tapi nak jugak.. faham tak perangai budak budak ni kan kalau nampak aiskrim laju je mintak.. so bapaknya belikan untuk dia tapi tu la rasa sikit lepas tu taknak.. siapa kena habiskan? mestila maknya, bapaknya rasa sikit lepas tu taknak😏 aku sendiri pon tak mampu nak habiskan sebab tak kena dengan tekak.. aku bukan penggemar matcha.. ihiks..

so inilah lunch kitorang..
sweet potato fries, spageti carbonara chicken, salted egg chicken with rice
teh O ais limau, latte ais

ikut tekak aku semua sedap dan boleh repeat lagi insyaAllah.. banyak lagi menu lain yang ada.. pastry dan kek tu pon aku tak rasa lagi.. ni alasan kukuh untuk pergi lagi bulan depan kan? kehkehkeh.. alhamdulillah untuk rezeki yang Allah SWT bagi.. dapat hadiahkan diri sendiri dengan makanan sedap.. ni pon dah cukup membahagiakan.. 😊

tak lupa jugak untuk mencuba makanan viral ni.. soft cookies cicah susu!
pernah je makan soft cookies tapi tak tau pulak lagi sedap kalau cicah susu ais.. korang wajib try okay! haha

bye!
xoxo

12 years as a Lab Assistant

assalamualaikum

31 May 2024 genap la 12 tahun aku berkhidmat sebagai penjawat awam.. ada suka ada duka pelbagai rasa bermain di jiwa.. ewahh ayat kemain macam tengah mengarang novel.. tapi betul baru 12 tahun dah macam macam benda terjadi.. lagi 21 tahun aku nak pencen, esok esok macam mana pulak gayanya ye? malas lagi nak fikir.. πŸ˜†

letak la seketul gambar sendiri sempena 12 tahun berkhidmat.. ihiks

ni merupakan sekolah kedua aku berkhidmat.. dah masuk 4 tahun kat sini.. alhamdulillah.. semuanya baik baik je.. semoga aku diberikan kesihatan yang baik untuk terus berkhidmat demi anak bangsa.. walaupon peranan pembantu makmal ni kecik je tapi tetap berusaha nak beri yang terbaik untuk pelajar pelajar sekolah.. 😊

selamat 12 tahun untuk diri sendiri! 😘

bye!
xoxo