hantar anak tuisyen seawal umurnya 6 tahun

assalamualaikum

selalu aku up status kat whatsapp mesti orang akan tanya kenapa hantar anak pergi tuisyen awal sangat sedangkan anak aku baru darjah satu.. jawapannya satu je, anak aku tak nak belajar dengan maknya.. mungkin maknya belum cukup singa untuk dia.. kehkehkeh..

masa umur dia 5 tahun aku dah start ajar dia membaca tapi struggle sangat sangat sebab dia banyak main dan langsung tak nak dengar aku cakap.. yang dia percaya hanyalah apa yang cikgu dia ajar.. apooo anak aku ni? dia tak tau ke dulu maknya cerdik sangat masa kat sekolah.. dia tak tau ke maknya ni dapat A+ SPM untuk subjek bahasa melayu.. 😏

masuk umur dia 6 tahun lagi la buat aku risau sebab dia still tak pandai membaca.. kalau dulu tak kisah umur 6 tahun tak pandai membaca sebab nanti darjah 1 akan belajar membaca jugak tapi bukan untuk zaman sekarang.. silibus sekarang sangat merisaukan makpak.. pengasuh anak aku cadangkan untuk hantar dia pergi tuisyen memandangkan dia ada kenal dengan cikgu tuisyen tu so aku pon setuju..

nak pergi tuisyen je pon tapi melawa bukan main.. kihkihkih..
aku suka siapkan dia cantik cantik.. suka tengok anak sendiri kemas je..
dan dia pon suka berjangok macam maknya.. 😂

untuk umur macam sofia ni kat tuisyen belajar dua subjek je iaitu bahasa melayu dan matematik.. nanti masuk darjah 2 akan belajar ikut subjek yang dia belajar kat sekolah la.. sofia tuisyen 2 kali je seminggu hari jumaat dan hari sabtu.. yuran pon tak mahal sangat dan bagi aku sangat berbaloi la.. sofia pon cepat je boleh membaca.. so far sangat puas hati.. alhamdulillah..

comel macam mommy 😊

pusat tuisyen tu dekat je dengan rumah takde la kena redah jem bagai.. dekat jugak dengan kedai runcit, tiap kali habis je kelas mesti sofia ngepaw bapaknya ajak pergi kedai runcit.. nasib baik 2 kali je seminggu kalau hari hari botak jugak kepala bapak.. 😆

apa je yang terbaik untuk sofia, akan mommy usahakan.. semoga sofia diterangkan hati untuk menimba ilmu.. semoga sofia berjaya di dunia dan di akhirat..

bye!
xoxo

4 comments:

  1. sekarang ni sekolah rendah lagi dah mula tuisyen kan? nak kasi anak pandai & supaya x ketinggalan kannn..
    ala comeinya dia...belajar rajin 2 tau!

    ReplyDelete
  2. Baguslah ezy, skrg masuk darjah 1 cikgu² dah expect anak kita pandai baca dah...
    All the best ye Sofia 💪

    ReplyDelete
  3. bagus mommy. anak kita, biarla kita wat keputusan kan. dan aku percaya bdk2 skrg kena pandai membaca sblm drjh 1 sbb kalau tak, mmg akan ketinggalan. budak2 skrg umur 2 tahun pun dah masuk pusat jagaan yang diajar itu ini.

    ReplyDelete
  4. alah2 comel nya anak dara tu bila pakai tudung gitu... cantik pandai bergaya

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!