persediaan sebelum sekolah dibuka

assalamualaikum

semua orang dah sedia maklum tak lama lagi sekolah akan dibuka semula untuk pelajar pelajar tingkatan lima dan jugak tingkatan enam.. sebagai seorang penjawat awam yang bekerja di sekolah harusla aku kena buat persediaan serba sedikit.. boss dah maklum awal awal pasal ni tapi biasala aku ni suka sangat buat kerja last minit.. boss gertak sikit cakap nak datang check kelam kabut aku buat sampai tak cukup kaki tangan.. 😂

jom tengok hasil kerja aku yang kelam kabut tu~ 😁



nak masuk makmal kena patuhi SOP yang ditetapkan jangan main redah je ye nanti akak rotan baru tau! 😆 aku tak pasti la bebudak ni nanti akan belajar dalam makmal atau tak tapi buat jela segala SOP sebagai persediaan awal.. lagi satu aku hanya menurut perintah dah boss suruh buat layan jela.. haha

penjarakan sosial dalam makmal

kalau sebelum ni boleh duduk ramai ramai untuk satu meja, dengan norma baru ni kena jaga jarak ye anak anak jadi satu meja boleh duduk dua orang je.. haaa baru la tak boleh bergosip masa cikgu mengajar kat depan! 😆 so satu makmal boleh muat paling max dua puluh orang sahaja..

jangan lupa guna sanitizer sebelum masuk makmal.. haa gitteww~ 😁

seminggu dua ni aku busy siapkan segala mak nenek ni la sampai tak sempat nak berblogging.. hehe.. nampak simple je aku buat tapi penat jugak la nak ukur tampal tape tu.. label label tu semua buat sendiri je.. alang alang buat biar puas hati..

tak sabar nak jemput bebudak ni guna makmal.. harap diorang semua dapat patuhi SOP yang ditetapkan.. berdebar jugak jadi frontliner ni.. *tiberrr 😂

p/s : nanti aku update lagi journey diet aku ok!

bye!
xoxo

14 comments:

  1. Selamat kembali bertugas.. semoga dipermudahkan urusan

    ReplyDelete
  2. Yaaa utamakan SOP, sebab murid ramai kann, bimbang juga nanti..moga semuanya dipermudahkan..

    ReplyDelete
  3. semoga semuanya dipermudahkan... selamat bertugas!!!

    ReplyDelete
  4. Harap2 pelajar2 dapat mematuhi SOP yang ditetapkan

    ReplyDelete
  5. sama-sama kita berdoa agar semuanya selamat di dalam lindungan Allah swt, aamiin

    ReplyDelete
  6. Selamat bertugas ezy :) stay safe ye :)

    ReplyDelete
  7. welcome back..selamat bertugas kembali :)
    harapnya mereka semua ikut SOP yg dah ditetapkan...

    ReplyDelete
  8. Yeayyy.. Cik Ezy dah boleh kembali tunjukkan bakat deko makmalnya.. semoga student gunakan/ikut arahan yang telah cik Ezy sediakan

    ReplyDelete
  9. Semoga dipermudahkan segala urusan bila sekolah dah dibuka nanti.

    ReplyDelete
  10. ciayok2!! hahaa.. selamat kembali melayan bebudak sekolah

    ReplyDelete
  11. Nampak simple tapi memang penat.. Sha kat library nie baru susun masuk kerusi je.. Belum buat tanda-tanda lagi..
    Next week pelajar degree dah masuk.. huhuhu..

    ReplyDelete
  12. Kira frontliner la gak tu. Good luck and stay safe

    ReplyDelete
  13. banyak persediaan kena buat untuk norma baru ni. harap semuanya ikut sop lah.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!