dapat gambar percuma!

assalamualaikum

ikutkan semalam aku tak terlibat pon dengan program sekolah tapi ada cikgu mintak bantu dia bahagian minuman, geng geng makmal turun padang.. secara tak langsung kena terlibat jugak dengan majlis hari guru dan hari raya peringkat daerah semalam.. pagi pagi sampai sekolah dah tercongok kat kantin.. lepas isi perut terus ke dewan untuk buat minuman..

settle dua jenis air.. satu air detox dan satu lagi air sirap..
paling laku air detox tu la sampai tak menang tangan kitorang bancuh air tu semalam..

tengah tengah busy nak bancuh air ni la wartawan sibuk nak amek gambar.. kehkehkeh

geng bancuh air
terlalu cantik sebab guna filter.. 😝

kisahnya dalam dewan tu ada disediakan photobooth.. asalnya aku nak bergambar dengan kawan lama aku je tetiba kakak tu offer, dia cakap amek gambar, lepas tu nanti dia print bagi kat kitorang.. aku tanya la berapa harga kot kot kena bayar sebab tak bawak duit pon.. yela kata nak bergambar.. kehkehkeh.. kakak tu jawab free je.. biar betul kakak ni nak bagi free, ink printer je dah berapa ringgit lepas tu senang senang nak bagi free? tapi orang dah bagi aku amek je.. 😂

lepas settle bergambar dengan kawan lama aku tu, ajak pulak geng geng bancuh air ni bergambar.. benda percuma takkan nak makan sorang.. rezeki kena berkongsi.. haa gittew.. 😅

alang alang orang bagi free, aku mintak la tiga keping.. 😆
nanti nak letak gambar gambar ni dalam frame kedai eco..

kualiti gambar bagi aku okay-okay jela, lagi pon kakak tu tak edit gambar, amek gambar dengan handphone lepas tu print terus.. ala orang dah bagi free banyak pulak cekadak.. terima seadanya.. janji aku nampak cantik di situ.. *tiberrrrr

bye!
xoxo

9 comments:

  1. tak hagak-hagak wei...bagi betis nak peha sampai 3 dia mintak hahahha

    ReplyDelete
  2. kalau akk pun amik air detox...sedap & berkhasiat...hehe..

    ReplyDelete
  3. Bestnya ada jamuan mkn2...pastu siap ad photo booth lg..tak boleh lpskan peluang

    ReplyDelete
  4. Air detox tu rasanya memang akan jadi pilihan sebab air sirap tu dah biasa minum.

    ReplyDelete
  5. Awok suka la bab2 bergambar ni. Hahaha

    ReplyDelete
  6. lama tak singgah sini. emm comel je gambar tu kan. saya pun baru je pejamkan mata [pening mikir ink printer yg sering kehabisan stok kat sini] print gambar tuk projek scrapbook anak

    ReplyDelete
  7. seronok la dpt 3 hehehe.. air tu memang laku keras

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!