kadang kadang busy dengan kerja

assalamualaikum

dah habis lockdown tak boleh nak mengadap blog sangat la.. masuk kerja nak kena hadap exam amali untuk budak budak form 5.. tak sempat nak berhoneymoon pon kat tempat kerja.. exam amali banyak benda kena buat dan paling penting kena pastikan semua barang keperluan untuk amali cukup..

penuh barang segala mak nenek ada.. meja ni biasanya akan penuh bila busy dengan amali.. ihiks

untuk sekolah aku ni exam amali diadakan pada hari khamis lepas iaitu 14/10/2021.. sepatutnya aku kena work from home tapi disebabkan ada exam amali, kena datang kerja jugak tapi balik awal.. lepas tu pergi dating dengan bestfriend.. nanti aku update lain.. hehe

haa jangan meniru 😜

persiapan amali ambil masa seminggu lebih, exam berlangsung selama satu jam setengah je.. lepas habis amali busy pulak nak kemas, bersihkan dan simpan segala mak nenek barang barang tu.. walaupon agak letih tapi aku suka.. hehe..

belum pon hilang penat dengan exam amali, datang pulak kerja lain.. nak kena hias dan bersihkan makmal sebab ada orang orang besar nak datang melawat sekolah.. ni curi masa kejap update blog lepas dah settlekan hal makmal.. kau rasa aku ada masa nak manjakan blog sendiri? huhu.. bertabahla..

bye!
xoxo

11 comments:

  1. im happy sebab awk happy dgn keje awak skrg.
    Tak macam dlu.
    Semoga boleh menua dengan bahagia sehingga pencen.

    ReplyDelete
  2. Oh, masa sekolah dulu macam seronok aje tengok orang buat kerja ni, hehehe

    ReplyDelete
  3. kan sekarang semua dah back to normal life. memasing dah kerja cam biasa. aku dah lama takda wfh, sebab bidang essential. masa serius lockdown pun kena keja

    ReplyDelete
  4. suka sgt bila dpt wat amali kat makmal sains masa sekolah dulu...

    ReplyDelete
  5. Waa dah kembali busy dah semua orang dengan kerja ❤️

    ReplyDelete
  6. Selamat kembali sibuk di makmal, ezy. Enjoy your day!

    ReplyDelete
  7. Tempat kerja akak takde dah bdr dik, kerja hari2...
    Bila tengok makmal tu teringat jaman2 muda belia dulu heheh

    ReplyDelete
  8. Busy kerja OKlah tu bukan busy cari kerja.

    ReplyDelete
  9. Busy kerja ni sampai ke sudah tak habis2 hehehe

    ReplyDelete
  10. Bila dah sibuk dengan kerja memang tak sempatlah nak memanjakan blog kan Ezy. Ada masa percuma bolehlah belek belek blog lama sikit. hihi

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!