bed sheet clip

assalamualaikum

selain casing handphone yang comel comel, aku ada jugak beli barang lain masa sale 7.7 itu hari.. korang pernah tengok tak bed sheet clip? mesti pernah kan.. oleh kerana terpengaruh dengan dak dak tiktok tak pasal pasal aku terbeli bed sheet clip..

berbaloi sangat beli benda alah ni sebab buatkan pagi korang ceria dan tak huru hara.. bangun pagi walaupon tidur korang umpama raksasa kelaparan tapi cadar korang maintain kedudukannya tak bergerak langsung.. bukan ke itu buatkan hidup korang bahagia? kehkehkeh

aku pilih pink colour.. hehe
dak ezy dan pink berpisah tiada..

bed sheet clip ni murah je boleh cari kat shopee.. aku beli dari oversea.. yang kedai local pon bersepah je jual tapi sebab nak kan free shipping aku order je dari mainland china.. postage pon berkira ke? bukan diknon.. kakak kan nak jadi pengguna yang bijak.. harusla buat pilihan terbaik.. harga murah dan free shipping tak perlu gigih beli benda lain semata mata nak cukupkan RM15 baru dapat free shipping.. faham ke tak faham? 😆 eh tak marah pon.. kakak nasihat jerr.. *tiber

untuk 4 ketul bed sheet clip ni harganya cuma RM6.37 sahaja.. dah la harga murah lepas tu sangat berbaloi untuk dibeli.. mampu ke korang tengok je? haaa pergi terjah shopee sekarang! #donemeracun

*pic from google
ni cara pasang.. klip je dekat setiap penjuru cadar di bawah tilam..
ada 4 penjuru kan? sebab tu kena beli 4 ketul.. hehe

aku ni kadang kadang tak sempat nak betulkan cadar di pagi hari.. pergi kerja keluar lepas subuh cadar tu terbiar je bergumpalan sampai la aku balik kerja di petang hari.. dengan badan letih lepas tu masuk bilik tengok cadar macam tu sakit mata oi! haha.. mujur la ada bed sheet clip ni selesai segala masalah.. 😆😆😆

bye!
xoxo

11 comments:

  1. Senang kerja ada klip ni. Tak payah risau nak kena kemas katil selalu.

    ReplyDelete
  2. Wow yg sheet tu memang nk beli lah sbb bila getah cadar dh loose terkeluar habis

    ReplyDelete
  3. bagus juga..tp shida punya cadar jenis labuh..xsuka pkai yg tu..mesti tertanggal hahaaa

    ReplyDelete
  4. Berguna sangat ni. Saya sejenis yang suka cadar string macam dok asrama. Biasa pakai pin baby tu pin cadar dan tilam. Pasni boleh beli ni pulak lah. Terkena racun pulak tiberrrr

    Murah juga harga tu dengan free shipping lagi. kan

    ReplyDelete
  5. mudah tu dgn adanya klip ni..tkde la cadar tu tertarik kn

    ReplyDelete
  6. oh.. best jugak bendalah ni.. sy br tau ni.. hahaha

    ReplyDelete
  7. paling geram bila cadar tilam gerak2. ada benda ni senang kan. Tak payah susah2 asik nak kemas je

    ReplyDelete
  8. menarik jugak tuh... tapi kalau jenis cadar bergetah selalu tak gerak rasanya... sebab tu tak pernah terpikir beli benda alah ni heheheh...

    ReplyDelete
  9. Fuhyoooo..Nice niii..Ok, terima kasih meracunnn..
    HAHAHAH

    ReplyDelete
  10. Ada benda alah ni memang membantu

    ReplyDelete
  11. nak beli, tapi bila buka lazada or shoppe..mesti lupa, terbeli benda lain.. he he he...

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!