my new workstation

assalamualaikum

sebelum ni aku pernah cerita yang aku kena duduk sementara kat makmal atas.. dan sekarang aku dah pindah turun ke makmal bawah.. secara officialnya aku bertugas untuk jaga makmal kimia la.. haa gittew.. sejenis aku ni kalau korang kenal la memang suka deco deco.. nak lagi deco workstation.. kenapa workstation? sebab aku nak mood aku sentiasa onz untuk buat kerja.. workstation kemas baru semangat nak kerja kan.. tak caya? cuba la.. 😉

bertemakan warna merah jambu kesukaan aku.. kihkihkih

gambar sebelum deco aku lupa nak snap.. dah siap deco baru teringat.. haha.. modal nak mendeco ni tak la besar mana, aku buat sekadar termampu je.. kebanyakkan barang yang aku guna tentulah dari mr.diy dan jugak kedai eco! 😁

dinding belakang tu aku cat sikit dengan warna putih sebab terlampau banyak kesan double tape buat aku rasa stress.. dinding tepi tak sempat nak cat sebab cat dah habis tapi okay je kan tak ketara sangat kesan double tape tu.. walaupon sakit mata jugak tengok tapi buat buat tak nampak je..

meja kerja aku balut je dengan wallpaper beli kat kedai eco.. skirting meja tu pulak memang dah ada, jadi pasang jela.. nampak cantik lagi kan.. jangan membazir.. kita bukan orang kaya duit kepuk kepuk semua benda nak beli baru.. *tiberrr! kehkehkeh

pasal deco deco ni aku banyak up kat instagram sebab senang tak perlu bukak laptop amek gambar terus zappp masuk instastory.. 😆 amacam okay tak workstation aku? janji kemas okay je kan..

bye!
xoxo

7 comments:

  1. Baru seronok nak keje kalau workstation cantik macam ni. Wah.. Laptop pun pink. Untung awak. X semua dapat workstation luas gini.

    ReplyDelete
  2. kalau dekat akak dah minta tolong deko kan bilik akak jugak... akak bab deko ni fail

    ReplyDelete
  3. Betul tu, bila workstation kemas barulah ada mood nak buat kerja. Hebat idea deko deko Ezy. Senang pakai apa yang ada je :) Pink pink i loike :)

    ReplyDelete
  4. cantek. memang nampak sangat meje geng keje gov. hahaha.. memang muka ni la selalu ke kedai eco dan kedai mr diy. hahaha.. semoga bertambah berbahagia di tempat baru ye sis..

    ReplyDelete
  5. okay sgt ezzy..cun! betul bila workstation kemas cantik baru smngat tau..smgat dia lain mcm haaa :)

    ReplyDelete
  6. I love your workstation. Very the pink gitu haha
    Kan? Tqa takde workstation but I do keep my study desk clean all the time untuk mood ber-blogging tu datang. Kadang2 nak buat kerja lain pun semangat sebab meja bersih and kemas.

    ReplyDelete
  7. kemas, cantik. tgk ni terus rasa nak redeco cubicle kat office

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!