shopee haul~ versi tak sedar diri

assalamualaikum

aku ni bukannya sejenis manusia yang bukak shopee je wajib shopping.. tak tak aku masih sedar diri yang aku bukan golongan kayangan duit berkepuk dalam akaun bank tapi tu la.. tengok title entry pon macam perli diri sendiri.. tau duit tak banyak tapi nak jugak shopping.. ekeke.. ala shopping barang dua tiga ketul je pon.. jom tengok apa aku beli~

aku beli peanut butter yogood dari kedai yaaaybaby harganya RM17.99
aku beli kat shopee pasalnya kat tempat aku payah giler nak jumpa peanut butter versi diet..
aritu ada je kat mydin, giant tapi tiap kali aku pergi mesti habis stock..
sudahnya beli je kat shopee.. 😄

kasut untuk pergi kerja beli kat kedai mykutsu hargnya RM19.90
itu hari dah beli sepasang colour grey, ni repeat order colour black pulak..
alhamdulillah selesa je pakai tumit kasut ni tak tinggi sangat pon..

last item aku beli kasut kerja dari kedai mykutsu jugak harganya RM28.90
aku berkenan tengok tali kat belakang ikat reben tu.. nampak comel sebab tu aku beli.. haha
yang ni tumit agak tinggi tapi selesa jugak pakai.. confident je berjalan macam model.. 😆

takde la banyak sangat aku shopping kan kiranya bukan versi tak sedar diri tapi versi masih sedar diri.. kehkehkeh.. dah lama cari kasut kerja sebenarnya.. tapi susah nak jumpa yang betul betul memikat hati.. sudahnya belek shopee jugak.. tak yakin nak beli online takut tak muat kaki ataupon tersalah size tapi ni aku redha dan pasrah je.. kalau tak muat nangis bucu katil.. nasib baik muat.. 😅

kalau korang berkenan nak beli jugak pergi shopping sekarang kat shopee! ok done hasut korang.. aku kan suka menghasut.. 😂

bye!
xoxo

8 comments:

Sha Mohamed said...

Masih terkawal ini.. Sha punya barang dalam shopping cart je banyak.. hehehe..

fizalinolie said...

Shopee berhantu. Pantang bukak confirm membeli. Cantik kasut bereben belakang tu. Bekenan pulak tengok.

norhidana said...

wahhh menarik kasutnya tuh...

Syaz Rahim said...

seronoknya shopping! nak shopping gak tapi duit dah menipis bayar saman huhu

Cik Renex said...

MyKutsu tu reen suka.. selalu beli kasut kat situ. hehehe

Shida Radzuan said...

wow ezy shopping betul..rembat 2 psg teruihh hahahaa..
okay bulan oktober ingat nk insaf kejap..
sbb bulan september belanja teruk shida ni ^_^

Han Hanni said...

comel kasut cream tu. janji selesa..

Azhafizah MN said...

kita bukak shopee add to cart je. bila nak check outnya ikut mood duit dalam bank. hihi. comel kasut ezy.kalau selesa okaylah membeli.