lama betul aku tinggalkan dunia blog ni ye bukan main lagi macam pergi holiday kat oversea dah gayanya.. haha.. aku kalau kat rumah memang susah sikit nak mengadap laptop sebab ada budak kecik ni akan kacau aku.. malam ni alang alang dapat bukak laptop kejap aku update la seketul entry membuktikan yang aku masih wujud dalam dunia blogging.. kahkahkah..
dikesempatan ini aku nak ucapkan salam ramadhan buat semua pembaca blog aku.. semoga ramadhan kali ni lebih bermakna untuk korang semua.. memang sangat istimewa ramadhan tahun ni.. akan jadi sejarah dan akan menjadi kenangan pahit manis untuk kita semua.. tiada bazar, tiada terawih kat masjid tapi percayala pasti ada hikmah disebalik apa yang terjadi.. 😊
bagi aku pulak ramadhan tahun ni sangat best sebab aku boleh sambung tidur lepas subuh sebab tak perlu fikir untuk siap siap pergi kerja.. dah la kena drive jauh lepas tu balik kerja mesti penat giler sampai malas nak masak.. haha.. tahun ni rilex je walaupon takde bazar boleh memasak kat rumah hari hari.. tapi ada jugak hari malas nak masak aku akan keluar cari makanan untuk berbuka.. kat sini banyak je peniaga bukak gerai tepi jalan.. tapi masih mematuhi SOP yang ditetapkan.. risau kena kecam aku bagitau awal awal pasal SOP.. 🤣
malas nak taip panjang risau takde pulak yang nak baca.. haha.. selamat menyambut bulan ramadhan untuk semua.. eh sebelum terlupa macam mana persiapan raya korang? walaupon raya kat rumah je sekurang kurangnya buatla persiapan untuk keluarga.. ala buat mana termampu je kita sambut raya ala kadar.. pagi raya jangan lupa bergambar.. untuk kenangan masa depan.. persiapan raya aku setakat ni alhamdulillah hampir siap sepenuhnya.. aku kan sentiasa semangat nak beraya.. 😆
ok la jumpa lagi di lain entry..
bye!
xoxo
Seronok dia ye, cuti pkp blog pun cuti... akak dah kene mula masuk kerja, nasib seminggu 2 hari je
ReplyDeletesemangat raya u lg membara dari i la.. i raya zaman2 sebelum ni pun takde membara2 macam smangat u. tahun ni makin la tambah membara
ReplyDeletemasa la... dah lama sgt holiday ni pun. hehehe
ReplyDeletesemoga Ramadan tahun ini memberikan keberkatan yang melimpah buat kita semua
ReplyDeleteSalam Ramadhan Cik Ezy, den pun dah lama tak memblogging, baru ni nak jenguk 😄
ReplyDeletedah baca ke komen saya kak kat entry lepas? respond plis. hehe
ReplyDelete