pengalaman yang sangat berharga

assalamualaikum

tak sangka sangat aku dapat kutip pengalaman yang sangat berharga dan aku rasa tak semua orang boleh rasa.. kira aku ni di kalangan manusia yang bertuah la kan.. 😆 kisahnya macam ni, hari ahad lepas kak yana ada ajak aku ikot dia ke setiu wetlands openday.. ada program untuk budak budak ni la antaranya explore race, kutip sampah kat persisiran pantai dan jugak tanam pokok bakau.. aku ni pantang orang ajak laju je setuju tapi masa tu tak terfikir pulak dengan baju kurung ni aku tak sesuai nak ke tempat macam tu.. tapi alang alang dah join redah jela cik kak oi! 😂

sampai sampai je kat sana aku breakfast dulu lepas tu dengar taklimat pasal pokok bakau.. aku tanya kak yana kat mana nak tanam pokok bakau tu, dia jawab kena ke seberang sungai sana naik bot.. pehh cuak dah aku masa tu yela pakai baju kurung kot.. kalau aku tau la, awal awal lagi aku pakai tshirt dengan seluar.. tapi tu la, benda tak rancang, nak sangat ikot kan.. dah siap taklimat bagai kitorang gerak la ke jeti, jalan kaki je sebab dekat je pon.. hee..

kat jeti sementara tunggu bot sampai..

kak yana dengan budak budak semua duk kalut tukar kasut khas untuk tanam pokok bakau ni, aku boleh rilex lagi.. siap cakap taknak tukar la sebab nanti kononnya nak tunggu dalam bot je.. haha.. masa ni duk fikir la naik bot pelancong yang ada atap tu.. sekali datang bot APM je weh baru la aku kalut nak tukar kasut tapi malangnya kasut dah takde size.. mampu lagi ke aku nak nangis bucu katil?

dalam hati alang alang dah sampai tak kan nak patah balik, redah jela weh! bila lagi nak merasa semua ni kan.. kat jeti takde masalah nak naik bot, sampai kat tapak pokok bakau tu bermasalah sebab bot tak boleh berhenti betul betul kat tepi sungai tu kawasan berpasir nanti bot sangkut, jadi kena redah air paras lutut la weh.. masa ni aku dah nekad, takpe boleh redah ni.. orang lain ok je redah dengan pakai seluar, aku kena angkat kain paras lutut sambil meredah air ala ala perempuan melayu terakhir dengan handbagnya tersangkut kat bahu.. kahkahkah.. kau mampu?

sampai kat tapak penanaman pokok bakau, pegawai kat sini bagi taklimat lagi sekali.. lebih detail sikit daripada taklimat mula mula tadi.. aku dengar tak dengar je sambil amek gambar dengan panas terik lagi memang tak boleh fokus.. haha.. dah la aku sorang je berbaju kurung memang jadi perhatian ramai la.. i tak suka macam ni i lagi suka low profile.. 😂 *tiberrrr

diorang dah start menanam pokok bakau.. main lumpur la korang sis tunggu kat tepi je.. haha

untuk hari tu hanya ada lebih kurang 50 anak pokok bakau je tak banyak jadi tak amek masa yang lama sangat untuk tanam.. dah siap semua kitorang gerak balik ke jeti.. walaupon aku duk tepi je tapi tetap penat.. yela dengan cuaca panas lagi, mau tak penat tapi lagi kesian kat budak budak ni dah la penat menanam, habis kotor pulak dengan lumpur.. bau pon boleh tahan menusuk hidung.. 😂

ni nak balik sempat je bergambar atas bot.. kehkehkeh

sampai kat jeti berehat kejap lepas tu ke dewan untuk majlis penyampaian hadiah.. sekolah kitorang dapat la tempat kedua untuk acara explore race.. alhamdulillah.. walaupon penat tapi seronok! pengalaman ni sangat berharga boleh buat kenangan di hari tua.. 😁

bye!
xoxo

12 comments:

  1. pasni dah boleh sediakan baju & sluar spare letak kat sekolah in case ada aktiviti luar.. mana tahu lepas ni sambut PM baru plak turun setiu.haha

    ReplyDelete
  2. nape la ko tak dengar betul2 dik pasal aktivitinya, dah sudah nanam bakau sambil pakai baju kurung hehehe... ayu gitu

    ReplyDelete
  3. hah bertabahla kena angkat kain tu nk redah air tu

    ReplyDelete
  4. Aktiviti mcm nie mmg nk kuat mental.. cuaca panas lagi.. tp best kot..

    ReplyDelete
  5. perempuan melayu terakhir tanam pokok bakau. hari ni dlm sejarah betul lah ni 😁😁

    ReplyDelete
  6. bertabahlah pakai baju kurung nak ke tempat macam ni. Memang pengalaman berharga ni dan next time kena prepare better :)

    ReplyDelete
  7. Waalaikumussalam. Allahu baju kurung tu 😅

    ReplyDelete
  8. hehe last year bawak anak2 murid pergi buat CSR kat kampung ada pokok bakau ni. seksa tol berjalan kat selut2 tu tenggelam2 kaki sbb a day before tu hujan. memang lembut leeeee tanah tu. tapi yes..

    pengalaman tu menarik. tak terfikir akan terlibat
    tanam pkok bakau..

    ReplyDelete
  9. Menariknya aktiviti begini. Dengan baju kurung pun ON je tanam pokok bakau ye :)

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!