birthday girl belanja makan

assalamualaikum

semalam birthday salah sorang ahli geng GG kitorang, so dia nak belanja kitorang makan la.. haha.. pagi tu dia dah bawak pulut kuning dengan rendang ayam.. sedap sangat wehhh.. lepas tu tengah hari kitorang keluar makan.. lepak dekat kedai celup tepung tepi pantai dekat je dengan sekolah ni..

berlima aje.. lagi tiga orang tak dapat join.. sorang cuti bersalin.. sorang terlajak kenyang dan sorang lagi takde sebab munasabah.. 😆

plan asal nak makan megi telur sotong, tapi takde rezeki.. dapat makan megi sup dan ikan celup tepung je.. syukurla dapat makan jugak dari tak dapat langsung.. sedap ke? boleh la.. sedap lagi megi yang kita masak sendiri.. 😂

dalam geng GG ni, siapa punya birthday dia kena belanja.. bukan peraturan pon sekadar suka suka je.. ini cara kitorang meraikan hari lahir kawan kawan.. kejam tak? takde la kejam ni orang kata sweet.. haha.. benda ni tak jadi masalah pon kat kitorang.. yang jadi masalah bila ada orang busuk hati sibuk nak kecam.. *tetiba

birthday girl yang pakai tudung hitam tu.. happy birthday sis liana gojes.. semoga dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik.. terima kasih belanja kitorang semalam.. 😘

bye!
xoxo

minggu yang sibuk

assalamualaikum

sejuk pagi ni kat sini, otak pun membeku.. jadi nak update cerita yang minggu lepas punya sebab tak tau nak update apa dah sekarang ni.. haha.. minggu lepas berlangsungnya hari kokurikulum kat sekolah kat aku selama dua hari iaitu pada hari selasa dan rabu.. aku dah start busy hari ahad lagi tapi sempat je pon potluck kejap.. 😄

aku sibuk uruskan hadiah bersama seorang cikgu je.. tapi aku just tolong tolong mana yang perlu jela.. kerja belakang tabir memang macam ni..

yang pakai baju oren tu orang kuat sekolah.. haha

penuh la bilik aku ni dengan lambakan hadiah yang super banyak.. letih kot nak siapkan semua tapi aku happy.. bila kita ikhlas dalam melakukan sesuatu tu pasti kita happy.. ewah tetiba hakak bermotivasi pehal.. 😆

petang selasa tu cuma berlangsung acara sukan kat padang, tapi ada jugak yang bukak gerai jualan.. macam macam hado.. tinggal sediakan duit je nak shopping.. 😁😁😁 hari rabu pulak bermula dari pagi sampai petang tapi takde la petang sangat.. dalam pukul dua petang macam gitu dah tutup semua gerai..

senamrobik di pagi hari.. muncung teruk mulut aku dah kenapa.. 😂

abang abang JPAM bersama binatang peliharaan mereka.. 😅
aku mampu tengok dari jauh je.. berdiri bulu roma tengok ular.. 😩

ni tugas aku masa hari rabu tu.. jaga booth sains dan matematik.. 😊

banyak sangat acara masa hari kejadian tu sampai aku lupa nak update apa kat sini.. kahkahkah.. gambar banyak kat facebook sekolah aku malas nak download banyak banyak lepas tu kena upload kat sini banyak banyak.. aku kemalasan sangat ni.. haha

kami berbaju merah

so itu jela cerita aku.. nak buat penulisan yang agak meletup hari ni idea tak keluar sebab otak tengah membeku.. hujan kat sini elok berhibernasi la kejap.. hee..

bye!
xoxo