cafe hunting!

assalamualaikum

kadang kadang apply cuti bukan nak pergi mana sangat, lebih kepada nak berehat dan santai santai dengan family.. amek peluang hari cuti untuk settlekan beberapa perkara lepas tu ajak suami dan anak lepak cafe.. reward diri dengan makan sedap sedap.. sesekali takpe macam ni kalau hari hari botak jugak kepala.. haha

pilihan kami untuk itu hari, pastelmonomy! erk sebenarnya pilihan aku, suami layankan je.. kehkehkeh

kebetulan tengah scroll tiktok lalu pulak video cafe ni kat FYP aku lepas tu nampak sedap je apa kata kita try jela kan alang alang dah tengok.. ihiks.. terima kasih encik suami sentiasa memenuhi kehendak isterimu ini walaupon aku bersungut itu dan ini.. biasala perempuan bab makan je pon nak cari gaduh.. πŸ˜‚

sementara tengah que nak mengoder tu kan boleh la cuci mata tengok segala mak nenek pastry ni.. πŸ˜‹

dan sini jugak.. πŸ˜‹

aiskrim matcha chibana.. chibana ni owner dia isaac osman tau.. masa khairul aming datang sini idokla kami rajin nak beratur.. ramai sangat umat manusia weh..

anak aku merengek nak aiskrim, tapi dia tak pernah rasa pon aiskrim matcha tapi nak jugak.. faham tak perangai budak budak ni kan kalau nampak aiskrim laju je mintak.. so bapaknya belikan untuk dia tapi tu la rasa sikit lepas tu taknak.. siapa kena habiskan? mestila maknya, bapaknya rasa sikit lepas tu taknak😏 aku sendiri pon tak mampu nak habiskan sebab tak kena dengan tekak.. aku bukan penggemar matcha.. ihiks..

so inilah lunch kitorang..
sweet potato fries, spageti carbonara chicken, salted egg chicken with rice
teh O ais limau, latte ais

ikut tekak aku semua sedap dan boleh repeat lagi insyaAllah.. banyak lagi menu lain yang ada.. pastry dan kek tu pon aku tak rasa lagi.. ni alasan kukuh untuk pergi lagi bulan depan kan? kehkehkeh.. alhamdulillah untuk rezeki yang Allah SWT bagi.. dapat hadiahkan diri sendiri dengan makanan sedap.. ni pon dah cukup membahagiakan.. 😊

tak lupa jugak untuk mencuba makanan viral ni.. soft cookies cicah susu!
pernah je makan soft cookies tapi tak tau pulak lagi sedap kalau cicah susu ais.. korang wajib try okay! haha

bye!
xoxo

12 years as a Lab Assistant

assalamualaikum

31 May 2024 genap la 12 tahun aku berkhidmat sebagai penjawat awam.. ada suka ada duka pelbagai rasa bermain di jiwa.. ewahh ayat kemain macam tengah mengarang novel.. tapi betul baru 12 tahun dah macam macam benda terjadi.. lagi 21 tahun aku nak pencen, esok esok macam mana pulak gayanya ye? malas lagi nak fikir.. πŸ˜†

letak la seketul gambar sendiri sempena 12 tahun berkhidmat.. ihiks

ni merupakan sekolah kedua aku berkhidmat.. dah masuk 4 tahun kat sini.. alhamdulillah.. semuanya baik baik je.. semoga aku diberikan kesihatan yang baik untuk terus berkhidmat demi anak bangsa.. walaupon peranan pembantu makmal ni kecik je tapi tetap berusaha nak beri yang terbaik untuk pelajar pelajar sekolah.. 😊

selamat 12 tahun untuk diri sendiri! 😘

bye!
xoxo