assalamualaikum
memandangkan musim PKP 3.0 ni aku banyak bekerja dari rumah, pulak tu jadual kerja langsung tak sama dengan geng geng makmal jadinya sebulan kitorang tak bersua muka.. sobs.. rindu woi dengan kakak kakak makmal.. sebab rindu bertandang aku up entry ni..
sori la wajah kami terlalu mahal untuk dipertontonkan kepada umum.. kehkehkeh..
comel kan kitorang berbaju sedondon? 😊
untuk baju sedondon ni kitorang pakat beli kain batik viral yang sama corak.. harga untuk sehelai kain batik tu RM10 je.. dan ukuran sehelai kain batik dua meter.. untuk jadikan sepasang baju, kena ada empat meter kain.. kesimpulannya sorang kena beli dua helai kain batik.. haa faham tak? macam soalan matematik pulak aku rasa.. murah je tapi upah untuk siapkan sepasang baju tu mahal.. 😂
masa ni on the way ke kantin.. ada cikgu tegur wahh cantiknya baju sama.. sebagai upah dia kena amek gambar kitorang.. kehkehkeh
pakai mask dah cantik tapi lupa jaga jarak.. 🙊
kitorang pakat pakai baju sedondon sempena hari first day sekolah secara bersemuka lepas PKPB itu hari.. konon nak nampak cantik la.. tapi memang cantik pon kan? haha.. seronok jugak sekali sekala berbaju sedondon macam ni kat tempat kerja.. baru la meriah.. ingat raya je ke nak kena sedondon? 😁
rindu kakak kakak makmal.. 😌
bye!
xoxo




