update terkini seorang ezy

assalamualaikum

memandangkan digi dah upgrade aku punya internet lepas tu dapat pulak daily bonus seciput jadi boleh la aku guna hotspot untuk update blog picisan aku ni.. rindu sangat nak berblog dan berjalan jalan ke blog kawan kawan tapi begitu la kehidupan kadang kita di atas kadang kita di bawah.. kehkehkeh.. *tiberrr..

apa yang aku nak update kat korang ni eh? aku pon tak tau.. haha.. aku kat sini sihat sihat je alhamdulillah.. kadang diet aku kelaut sebab kawan kawan kat sini suka sangat buat makan makan.. kawan pulak disalahkan.. 😂 so aku tunjuk kat korang dulu workstation aku okayyy..

ni la workstation aku.. biasa biasa jela.. 😄

tapi untuk tiga bulan je nanti aku kena pindah turun lab bawah.. ni lab kat atas tau.. sebab ganti sorang pembantu makmal cuti bersalin.. dia masuk kerja nanti, aku turun bawah.. buat masa sekarang takde segmen mendeco bersama ezy la ye.. aku pon sebenarnya tak sabar nak mendeco.. 😆

konsep kat sini setiap lab ada warna tersendiri.. macam sekarang ni aku jaga lab fizik jadi tema lab fizik ialah biru.. haa gittew.. nanti kena jaga lab kimia pulak.. lab kimia bertemakan warna merah dan lab biologi warna hijau.. aku suka macam ni sebab nampak kemas dan cantik..

itu jela update dari aku sebab aku pon tengah kering idea ni.. banyak benda nak cerita tapi aku malas nak transfer gambar.. kahkahkah.. dasar pemalas.. kat IG banyak aku update tapi kat sini tak tau bila nak update.. korang rajin rajin la follow IG aku ok.. (https://www.instagram.com/ezy.fia/)

bye!
xoxo

skincare routine : moisturizer

assalamualaikum

hai korang! mintak maaf ye kawan kawan sebab aku tak update blog.. aku perlu uruskan hal duniawi yang tak pernah sudah.. acah je ni.. kehkehkeh.. sebenarnya kat tempat kerja baru aku ni takde wifi.. agak sadis sikit nak update blog.. nak taknak terpaksa la bukak hotspot sendiri lepas tu nanti kalau data aku habis aku terpaksa merompak data suami aku.. 😆

banyak benda nak cerita kat korang tapi aku tak tau nak mula dari mana.. kalau siapa siapa yang follow ig aku mesti tau perkembangan terkini aku kan? ewah macam artis gitu.. kalau rasa nak menyibuk pasal life aku jemput la follow ig aku (https://www.instagram.com/ezy.fia/) 😁

so aku update dulu pasal skincare routine yang tertangguh berbulan bulan dah.. hee.. kali ni nak share pasal pelembab yang aku guna sekarang ni.. dulu aku guna pelembab cetaphil tapi dah tukar kepada nivea sebab kulit aku jadi sangat berminyak dan yang aku perasan pelembab cetaphil ni lambat meresap ke dalam kulit.. ni pendapat aku la, kalau korang guna ok je takde masalah teruskan.. kulit kita tak sama jenis kan.. lain orang lain ragam kulitnya..

ni la pelembab yang aku guna tu~

setakat beberapa bulan aku guna pelembab nivea ni bagi aku ok la.. kulit terasa lembut dan paling penting cepat meresap dalam kulit.. takde rasa melekit.. haa gittew~ pelembab ni wajib pakai ok untuk mengekalkan kelembapan kulit muka.. biasa aku pakai pagi, kalau malam kadang kadang je pakai tu pon sebab aku rajin.. kalau malas memang tak pakai la.. yang baik jadikan teladan yang buruk jangan ikot.. kehkehkeh

tetiba hilang idea nak menaip.. aku rasa setakat ni dulu la entry kali ni.. maafla kalau entry ni tak memberi faedah untuk korang.. aku tengah blur ni mungkin sebab sakit kepala dan selsema kot.. haha..

bye!
xoxo