sambut birthday dan makan makan

assalamualaikum

26 ogos 2019 itu hari birthday salah seorang ahli geng GG kitorang.. acara wajib mestila makan makan.. syok la macam gini, tiap tiap hari pon makan.. macam mana la aku nak diet bersungguh sungguh ni.. haha.. tapi sekali sekala meraikan kawan kawan ok je.. 😉

itu hari ada buat makan makan pulut durian tapi aku ni bukan makan durian pon.. menu special untuk aku, pulut gaul nyor je.. kalau tak tau nyor tu apa, boleh guna google translate.. 😆 alhamdulillah bertambah tambah aku makan pulut.. masa makan tu tak fikir pulak tengah diet.. dah kenyang baru kenal erti penyesalan..

yea~ birthday girl dapat kek.. masalah sekarang siapa yang terlebih teruja ni? 😂
birthday girl si tudung pink mira namanya.. 😊

harap diorang tak marah aku masukkan gambar diorang dalam blog aku.. haha

dah jadi tradisi kami geng gg, siapa punya birthday dia la kena belanja makan.. yippy! makan free lagi.. esoknya kitorang makan makan kat kantin sekolah je sebab malas nak keluar.. kat kantin pon ok je.. still boleh bergelak ketawa.. 😆

dah kenapa aku tunjuk lubang hidung? 😑

alhamdulillah.. kenyang perut dapat makan free.. hihik.. terima kasih birthday girl belanja kitorang.. semoga sentiasa dimurahkan rezeki.. dan happy belated birthday mira! 😘

bye!
xoxo

pertama kali makan udon

assalamualaikum

bulan september ni special sikit tau sebab bulan september ni bulan kelahiran aku tapi banyak guna duit bulan ni.. harap suami aku bagi hadiah duit banyak sikit untuk aku.. 😂 eh nak cerita pasal udon.. mesti korang tau udon tu apa kan.. ala peminat makanan korea mesti tau punya tapi aku bukan peminat makanan korea.. beli udon ni sebab nak rasa lagi satu udon ni lowfat.. sesuai untuk orang diet.. 😊

hari jumaat lepas aku masak tomyam cincai cincai untuk makan bersama udon.. bila nak masak baru perasan serai dengan daun limau purut takde.. takpe, jangan gelabah mari teruskan memasak sambil buat buat tak tau pasal serai dan daun limau purut.. tehee

ni bahan bahan yang aku guna.. udon tu sebenarnya dah lama beli tapi baru nak makan.. sebelum ni sibuk dengan gm diet.. 😁

udon tu tak perlu masak, aku just bersihkan dengan air panas je.. kalau korang rasa nak masak bersama tomyam terus pon takde hal.. asal korang bahagia je..

bila pertama kali makan udon, takde rasa pelik pon.. boleh diterima tekak dan rasa sedap jugak la.. aku boleh ratah macam gitu je weh.. haha.. selain tomyam, boleh jugak makan dengan sup, nak goreng pon boleh.. atas kreativiti masing masing nak masak macam mana.. macam aku cakap tadi la, asalkan korang bahagia.. 😆

lepas ni nak try makan dengan oden pulak.. 😋 korang pernah makan udon tak? nak try boleh je cari kat pasaraya berhampiran dengan rumah anda.. kehkehkeh..

bye!
xoxo