nivea baby for my baby

assalamualaikum

ada anak dara yang sekarang dah pandai mintak nak bersyampu rambut, nak berlosyen lepas mandi memang agak pening jugak kepala mommy.. haha.. dah besar sangat ke anak aku ni lagi dua bulan baru masuk dua tahun kot.. 😅

semalam lepas balik dari klinik check up si sofia, aku ke UTC ada urusan kat tabung haji.. alang alang dah sampai situ, nak try la jenguk watson baru bukak.. pusing pusing ternampak la produk nivea baby.. dah lama nak try, baru berkesempatan nak beli.. lagi pulak si sofia ni dah pandai mintak nak syampu dan losyen.. bertabah jela mommy.. 😄


mandian je tak beli lagi sebab dah ada.. kalo beli rasa macam membazir jadi hold dulu habiskan yang sedia ada.. sampai rumah je semalam try la guna nivea baby ni kat sofia.. wangiiiiiiiiii dan bau yang best untuk dihidu oleh hidung.. haha.. rasa macam nak join guna sekali.. 😆 rambut sofia yang kerinting tu jadi lembut.. losyen pulak tak melekit cepat je meresap.. berbaloi sangat la beli..

bagi aku produk nivea baby ni memang best la!

bye!
xoxo

bulan kemerdekaan

assalamualaikum

sedar tak sedar dah masuk bulan ogos ni.. cepat betul masa berlalu.. nak update blog pon rasa macam tak terkejar.. ceh alasan.. 😆 sempena bulan kemerdekaan ni kira aci jela sis update blog bertemakan patriotik sikit.. ni baru contoh rakyat malaysia yang cintakan negara.. haaa gittew.. 😂

tak sebenarnya macam ni, aku ni pencinta tudung kekaboo.. selain kainnya memang best yang teramat, tudung kekaboo ni jugak keluarkan corak mengikut tema.. corak rare pulak tu.. tak caya? takpe takpe.. korang sabar jap..

amacam percaya ke tak? 😁

tapi tu gambar tahun lepas punya.. tahun ni aku tak beli pulak tudung sempena merdeka tu sebab bajet lari lepas tu suami aku tak bagi duit nak beli macam membazir pulak rasanya sebab dah ada corak macam tu.. letih baca takde titik.. kahkahkah..

sempena sambutan bulan kemerdekaan tahun lepas kat sekolah, kitorang beli la tudung tu lepas tu pakai sama sama.. baru la sweet.. 😋

tadi bertiga je sekarang ramai ramai..
aku sorang je staff tak malu kat situ yang lain semua cikgu..

berbalik kepada cerita tudung kekaboo tadi, sekarang musim durian kan? haaa jangan tak percaya kekaboo pon keluarkan tudung corak durian dan aku salah seorang pembeli bertuah yang memiliki tudung itu.. sebab corak durian limited hokayyy.. rare tak rare? 😎

akhir kata, selamat menyambut bulan kemerdekaan!

bye!
xoxo