random aktiviti cuti CNY!

assalamualaikum

banyak aktiviti jugak cuti sekolah sempena chinese new year itu hari.. kebetulan pulak dapat gaji awal + dapat bonus.. syukur alhamdulillah.. bawakla sofia pergi shopping kat mall.. memang cadangnya nak habiskan sikit duit bonus untuk beli baju dia.. memandangkan baju aku je banyak, kesian jugak kat anak dara sorang tu.. kehkehkeh.. dasar mommy tak sedar diri.. 😆

lepas tu bawakla kakak aku yang baru balik dari selangor pergi makan makan.. tau je aku dapat bonus sibuk jugak nak mengepaw.. takpe la sekali sekala belanja makan, jangan mintak hari hari botak kepala aku.. 😝 bawak dia ke cafe jiwa kopi & bingsu.. anak aku pulak sibuk nak makan kfc, so sebelum ke cafe tapaukan kfc dulu untuk dia..

sedapnya mengopi

dah kenyang dia makan kfc dalam kereta, mintak nak rainbow cake pulak.. 
dia memang obses dengan rainbow 😏

next day pulak adik aku dari selangor balik.. petang tu ajak cari makan.. bawak la ke pantai teluk ketapang.. tapi agak kurang bernasib baik sebab banyak gerai dah tutup.. masa tu dah petang sangat dah pun.. lepas tu bawakla pulak ke pulau warisan.. kat situ memang syurga makanan.. cakap je nak makan apa, semua ada.. memborong la makanan kat situ..

the cousins
budak berdua ni kadang baik kadang bergaduh..

the next next next day pulak ada kenduri.. pagi tu ke kenduri dulu lepas tu ajak suami aku pusing pusing bandar.. kebetulan ada barang aku nak beli kat kedai buku.. lepas tu adik aku whatsapp ajak ke rumah kakak aku pulak kat bukit payung.. melepak la kat sana sambil bergosip anak beranak..

mak-mak-anak sepupu

dah penat bergosip, adik aku ajak pulak ke bandar baru kuala nerus.. maklumla dia kan jakun kat kampung sendiri.. tu la sibuk je ajak aku ke situ ke sini.. kehkehkeh.. jarang jarang dia balik kampung so kita layankan jela.. paling happy budak budak la, dapat main jumpa sedara mara.. kita yang dah tua ni tumpang happy sekali.. haa gitu.. 😃

mak-mak-pak-anak sepupu

kemain ramai umat manusia kat bandar baru kuala nerus ni.. dulu masa mula mula tempat ni buka, ada la manusia dua tiga ketul.. sendu jangan cakap la.. sekarang bukan main meriah.. macam macam gerai jualan ada.. tempat baru nak membangun, elok jugak kita tolong majukan tempat ni.. kehkehkeh.. memasing dah penat sorang sorang buat perangai, haa jom la kita balik..

gambar tak banyak, ni je yang ada.. aku rasa itu hari bukan main posing sakan.. ni mesti adik aku delete.. dengki betul tengok gambar aku cantik, gambar dia buruk.. itu yang laju laju dia delete.. cehsssss!

bye!
xoxo

5 comments:

  1. Alhamdulillah rezeki dikongsi bersama... bertambahlah berkatnya :)

    ReplyDelete
  2. seronoknya bila adik beradik perempuan balik kampung, ada je plan nk ke mana2..

    ReplyDelete
  3. Byk btul xtvt dia sekeluarga.. jalan jalan boraknborak..sambil makan makan..nikmat haha

    ReplyDelete
  4. masa cuti2 ni paling best if jejalan cari makan, tak leh kurang sikit rasa kenyang tu, terus nak makan lagi dan lagi. hehee

    ReplyDelete
  5. ammi pun sebenarnya jakun kat kampung sendiri (seremban je pun) sbb lepas je SPM masuk U kat Selangor terus duduk KL sampai umur 44 ni. Balik seremban pun mcm bersidai je dalam rumah. Ni nak pindah balik Sremban baru hegeh2 cari port nak melepak mengopi bagai

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!