happy birthday si manis mommy!

assalamualaikum

11/11/2017 tepat jam 6.56 pagi, lahirla puteri kesayangan mommy seketul sofia.. ngam ngam lepas subuh dia keluar.. mommy sakit nak beranakkan dia daripada malam bawak ke subuh hening.. kalau nak cerita pasal sakit, haishhh tak tergambar dengan kata kata.. masih terasa sampai sekarang.. 😅

masuk je bulan november, sofia hari hari duk tanya bila birthday dia.. tak sabar gamaknya nak tiup lilin.. jumaat lepas sambut la jugak birthday dia secara kecil kecilan.. sambut tiga beranak kat rumah.. plan asal nak sambut kat pantai, ada belon belon lepas tu picnic sikit tapi apakan daya masuk musim tengkujuh hujan je manjang.. takpe la nak, kat rumah pon boleh tiup lilin.. 😁

pilih kek secret recipe sedap dimakan.. ihiks.. dia request nak kek kartun little pony, tapi mommy tak tau nak cari kat mana, kalau nak tempah siapa la nak layan tempahan last minit.. sudahnya makan jela kek secret recipe ni.. sedap semuanya! anak makan sikit je, mommy makan banyak.. 😂

bertiga 💗
sofia tanya, mommy takde orang datang ke sambut birthday sofia? memang takde sebab mommy tak buat majlis pon.. kehkehkeh.. aduhla anak, doakan mommy murah rezeki ye nanti kita buat birthday party.. 😛

si manis mommy.. 😘
simple celebration for my girl..
harap sofia gembira hendaknya.. 

selamat ulang tahun yang kelima anak solehah mommy, penyejuk hati mommy dan papa.. semoga menjadi manusia yang berguna dan menyenangkan hati semua orang.. semoga berjaya dunia dan akhirat.. mommy love you so much! 😘

p/s : ku busy dua tiga menjak ni.. huhu..

bye!
xoxo

8 comments:

  1. Happy belated birthday Sofia yang manis!
    Moga membesar dengan sihat, dan menjadi anak solehah. Amin ya Allah.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.....semoga membesar sebagai anak yang hebat dan berbakti kepada orang tua...aamiin...selamat meyambut hari jadi sofia

    ReplyDelete
  3. amboi punya banyak jenis kek yang dibeli... apa pun HBB buat Sofia, moga jadi anak yg solehah dan berjaya dunia akhirat

    ReplyDelete
  4. happy birthday princess..moga jadi anak y solehah...

    ReplyDelete
  5. Permata hati mommy papa ni..
    Alhamdulillah.. Semoga menjadi wanita solehah

    ReplyDelete
  6. selamat ulangtahun ke-5 Sofia. Semoga jadi anak yg solehah dan menggembirakan mommy & papa selalu. Kami pun style sambut birthday anak berempat je, sebab birthday anak2 sama tarikh dengan ulangtahun perkahwinan hihi... lagipun malas nak mengemas lepas habis majlis :P

    ReplyDelete
  7. Happy belated birthday untuk Sofea yang manis

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!