cawan air terapung

assalamualaikum

korang pernah tengok air terapung dalam cawan tak? tak pernah? huh lemahhhhh~! kehkehkeh.. ala gurau je jangan marah.. 😉 ni haaa aku nak meracun korang lagi.. aku beli cawan untuk kopi kopi kat tempat kerja tapi cawan tu harusla nampak aesthetic.. kalau buat video nampak wow sangat.. boleh je beli cawan kat kedai eco tapi aku nak cawan yang lain daripada kebiasaan.. 😁

comel tak? cantik tak? bergaya tak? cukup aesthetic tak? 😜
aku beli kat shopee.. beli pon seketul je cukup la tu untuk aku sorang..

dah tu kat mana air terapung nya? kau sabar jap.. kau sabar jap.. aku nak explain pasal cawan ni.. cawan ni aku tengok elok duk lalu lalang kat tiktok.. itu yang aku teracun lalu terbeli.. bila angkat cawan ni eh ringan je.. risau jugak kot kot pecah bila letak air panas.. tapi semalam dah test buat air kopi, alhamdulillah cawan ni tahan panas! sis suka! nah sis bagi 10/10 bintang! 😄

tadaa~ air terapung.. teruja tak kawan kawan? ihiks..
aku sorang je kot duk teruja kat sini.. 😆

untuk yang nak kan kelainan, boleh la try beli cawan ni.. untuk yang rasa macam tak berbaloi nak beli boleh terjah kedai eco.. kat sana cawan pon comel comel.. tapi itu la, citarasa masing masing.. raikan sajerrrrr!

bye!
xoxo

11 comments:

  1. comel2.... hahhah masa takde air tak nampak lagi terapungannya tu

    ReplyDelete
  2. Kijam tau kasi kita teruja nak tau hehhe... Haha takut kita.. Takut tergoda nak beli cawan tu jgk haaha

    ReplyDelete
  3. dekat shopee sekarang banyak betul cawan aesthetic ni

    ReplyDelete
  4. takmo tengoklah link cawan tu! hnsss hnsss ~ *tutup mata* =P

    ReplyDelete
  5. hahahaha, VM ada cawan terpaung comel beli dekat cameron..
    kecik aje set sekali teko..
    Tak baik taw racun2 shopee camni >.<

    ReplyDelete
  6. oo..masa kosong x brp nampak ada 2 lapis....akk pun teruja..hihi..bagus idea buat cwn mcm ni..

    ReplyDelete
  7. tak tau kenapa terus teringat gelas yg arwah atok belikan dulu kat mekah zaman dia muda lagi. gelas tu pun ada 2 lapisan mcm ni cuma antara lapisan tu ada cecair. Jadi bila gelas diterbalikkan, seolah2 air tu tak tumpah / terapung di udara. Zaman budak2 dulu rasa kagum & ajaib je hehe.

    ReplyDelete
  8. cantik cantikkkkk.... hehehe sy berkenan jg dgn cawan ni

    ReplyDelete
  9. Memang cantik! Double cooler ke ni?

    ReplyDelete
  10. nice.
    aida pun suka beli benda gini.
    something simple. cawan je kot.
    tapi boleh buat kita senyum sendirian, kan.

    ReplyDelete
  11. Cantik . Memang mood aesthetic sangat bila guna cawan ni kan

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!