kisah weekend

assalamualaikum

minggu lepas minggu yang agak teruk aku rasa sebabnya sofia demam on off.. pagi dia okay sangat sangat ceria nak pergi sekolah tapi petang je dia mula tak sihat, kurang aktif, badan dia tiba tiba panas.. mujurla suhu dia tak tinggi sangat tapi hati seorang ibu tetap risaukan anak dia.. khamis terpaksa cutikan dia walaupon dia nampak sihat, malam tu bawak pergi klinik.. doctor cakap kena on antibiotik dan alhamdulillah takde yang serius.. selera makan dia okay dan dia pon takde la melepek 24jam..

sofia sejenis yang tak suka makan ubat.. dari kecik lagi tiap kali suap ubat dia akan muntahkan balik.. mommy is redha jela dengan budak ni sorang.. tapi sebab nak kena habiskan antibiotik, mommy kena guna cara halus.. mommy cakap kalau dapat habiskan ubat nanti mommy bagi hadiah.. walaupon tetap kena berperang masa makan ubat tapi dia berjaya habiskan.. goodjob anak mommy! itu yang dia tuntut hadiah.. 😅

wajib OOTD sebelum keluar ye? ihiks ikut perangai mommy sangat.. 😛

bawak dia keluar hari jumaat sebab nak tuntut hadiah tu la, lepas tu request nak pakai tudung merdeka sebab hari malaysia.. jiwa patriotik la anak oi.. haha.. mommy siapkan dia cantik cantik macam mommy, happy bukan main dia..

cadangnya nak lepak kat qween's cafe sambil borak borak tapi lepas dapat hadiah ada budak tu tidur pulak dalam kereta.. mungkin mengantuk sangat lepas makan ubat.. terpaksa la suamiku tapaukan je makanan, lepas tu baru fikir nak lepak kat mana.. pusing punya pusing last last lepak dalam kereta je kat tepi pantai.. sofia dah bangun, dah isi perut semua, dia mintak nak pergi taman.. layankan jela budak baru baik demam ni..

sampai kat taman pon dah hampir senja.. boleh la lepak kejap sambil bergambar sedas dua..
mommy sibuk nak ajak dia bergambar, sofia pulak sibuk nak main stroller baru beli.. muka ketat je.. kehkehkeh

dalam banyak banyak mainan kat mr.diy tu, sofia pilih nak hadiah stroller.. asalkan awak happy, boleh jela nakkkk.. itu yang excited kemain nak pergi taman nak tolak stroller.. kekonon tengah tolak baby ye.. lepas pusing pusing taman kejap sambil amek angin, kitorang nak gerak pergi tengok kereta berhias kat batu buruk.. tapi tak kesampaian sebab jalan jem teruk.. stuck dalam jem lebih kurang satu jam lebih.. letih tak payah cakap la.. so kitorang balik je.. sofia merengek jugak nak tengok kereta berhias nasib baik dapat pujuk.. takde rezeki kali ni, insyaAllah lain kali pergi lagi.. 😄

"bahagia dengan cara masing masing, tak perlu bandingkan hidup kita dengan hidup orang lain"

bye!
xoxo

9 comments:

  1. Semoga Sofia sentiasa sihat hendaknya.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, dah sihat...suka dia stroller warna pink..

    ReplyDelete
  3. ala comeinya dia...alhamdulillah dah sihat. moga sihat selalu key

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah dah sihat ye Sofia...
    Comel je stroller dia tu...

    ReplyDelete
  5. semoga sofia dan lelain akan bertambah ceria dah sihat hendakya

    ReplyDelete
  6. weii.. memang jem wei kat bandar masa malam kereta berhias tu. Adik aku jem lama, sampaikan xleh masuk kawasan jalan ke rumah aku. tinggal kereta tepi jalan, balik rumah jalan kaki. bahana rumah kat bandar KT macam tu la.. rumah aku xde budak, so xde la dorang nak g tengok kereta berhias. Kalau Pia g, mmg seronok sakan la dia. Lain tahun ye Pia.. Btw, Pia tolak stroller bkn sbb nak adik. Sbb nak main aje. Hahaha

    ReplyDelete
  7. Harap2 budak comel tu dah sihat sepenuhnya

    ReplyDelete
  8. hai sofia sayang! acik ana doakan moga sofia sentiasa sihat ceria selalu tau! pasni dah boleh lawan mommy dah jadi princess cecantikkkk ehehehe

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!