sekadar throwback : sambut birthday atas air

assalamualaikum

cerita bulan lepas baru berkesempatan nak update.. memula plan nak sambut birthday sofia kat tepi pantai.. kononnya nak berkelah dengan adik aku.. itu hari bila sempadan negeri dah bukak, adik aku amek peluang balik kampung.. dah plan elok elok, sekali dah sampai kat kampung tak jadi pulak.. sudahnya sambut birthday sofia atas houseboat je..

dia nak jadi princess.. bolehla nak.. eee comel!

aku tak bermalam pon atas houseboat ni sebab esoknya suami aku kerja.. pergi pagi, balik petang.. boleh ke macam tu? boleh je kalau houseboat tu abang ipar aku punya.. kehkehkeh.. seronok la sekali sekala dapat berkumpul ramai ramai macam ni.. adik beradik aku lapan orang, dua orang tak dapat join atas sebab sebab tak dapat dielakkan.. tapi takpe, enjoy je!

semangat nak tiup lilin.. haha

menu makan tengahari aku lupa amek gambar, yang penting semuanya sedap sedap.. dah nampak makanan sedap pedulikan pasal diet.. rugi la tak makan.. haha.. lepas siap makan baru la sesi tiup lilin dan potong kek untuk sofia.. lepas tu bergambar dua tiga empat lima enam ratus, lepas tu aku gerak balik.. letih tapi seronok.. kalau dapat bermalam atas houseboat lagi seronok.. tapi apakan daya, demi mencari sesuap nasi aku redha.. 😅

love you anak mommy.. 😘

tahun depan nak sambut birthday sofia kat mana pulak? atas awan? atas pokok? 😆 walaupon birthday dah lepas tetap nak wish, semoga anak mommy menjadi anak yang solehah dan menyenangkan hati semua orang.. 😊

bye!
xoxo

6 comments:

  1. skrg musim banjir luarbiasa.,.

    ps. hepi besday anak mommy tuu

    ReplyDelete
  2. seronok sofia celebrats busday atas houseboat

    ReplyDelete
  3. Bukan calang calang tempat celebrate birthday Sofea. Happy birthday princess Sofea. Comel dia. Semoga membesar dengan sihat, jadi anak yang solehah. Aaaminnn...

    ReplyDelete
  4. Happy belated birthday, Princess Sofia mestika hati mummy. Moga membesar menjadi anak pintar yang solehah, kebanggan ibu ayah :)

    ReplyDelete
  5. happy belated birthday...moga jadi anak yg solehah, berjaya dunia akhirat...aamiin!

    ReplyDelete
  6. Aminn...semoga Sofia membesar menjadi anak yang solehah. Tahun ni sambut atas awan pun ok..ajak stewardess tiup lilin sesama

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!