punca kenapa lama menghilang

assalamualaikum

sebenarnya bukanlah menghilang sebab aku ada je online blog, approve komen, baca blog orang sepantas kilat tapiiiii tak sempat je nak update entry seketul dua.. banyak benda nak diceritakan rasa sangat rugi kalau tak abadikan segala kenangan dalam blog.. cuti sekolah ni baru la aku kurang busy sikit.. ada masa nak mengadap blog.. 😄

tahun ni kat sekolah aku jadi AJK kelab guru dan kakitangan, akhir tahun memang akan ada jamuan la untuk kitorang jadinya busy la sikit dengan segala persiapan majlis.. walaupon majlis tu santai santai je tapi bukan senang nak handle oi.. kena fikir banyak benda.. yela aku AJK je tapi banyak jugak benda aku kena settlekan..

ni bukan acah acah busy, ni memang betol betol busy.. haha

yang penting kerjasama dalam satu team.. chewahhh.. 😆

dan majlis tu dah selesai pada minggu lepas iaitu 8/12/2021.. alhamdulillah semuanya berjalan seperti apa yang dirancang.. ada sikit cacat cela biasala kan manusia mana tak pernah buat silap.. ihiks.. pasal jamuan tu nanti aku update lain..

dalam pada duk sibuk dengan persiapan majlis, aku busy jugak dengan persiapan amali sains untuk peperiksaan percubaan SPM baru baru ni.. fuhh sangat mencabar aku rasa.. bagaikan tak cukup kakitangan nak settlekan semua.. tapi nasib baik ada kakak kakak pembantu makmal yang banyak sangat tolong aku.. alhamdulillah.. rezeki dikelilingi orang yang baik baik..

amali sains untuk subjek fizik, kimia dan biologi

haa jangan meniru! 😆

amali sains dah selamat dijalankan pada 5/12/2021.. kitorang guna dua buah makmal dan buat dua sidang sebabnya ada barang tak cukup yang kena kongsi.. kalau sebelum ni boleh buat satu sidang je, tapi biasala dugaan sikit sikit datang.. yang penting semuanya dah selesai..

bila dah selesai semuanya ni, rasa lega sangat dan rasa ringan je kepala.. kalau sebelum ni rasa macam duk pikul batu besar atas bahu.. boleh bayang la macam mana aku rasa.. 😆

selingan sikit, semalam baru dapat surat dari google adsense.. dah settle pon aku verify address.. punya la risau duk tunggu surat tak sampai sampai.. akhirnya dah boleh bertenang sekarang.. fuhh legaaa.. 😄 kembali bersemangat nak update blog.. harapnya bukan hangat hangat tahi ayam je aku ni! 😂

bye!
xoxo

10 comments:

  1. Wa... macam-macam benda kena buat memang nampak busy tu.

    Mesti excitedkan dapat surat GA tu macam Mrs. A masa dapat dulu hehehee...

    ReplyDelete
  2. itulah... kakmim pun lama menghilang... kakmim ni lg la x bukak blog.. br bukak mlm td... mcm terlupa sekejap pulak ada blog... x sabar nk habiskan semester ni boleh lah free sikit

    ReplyDelete
  3. i bizi nk pindah opissssssss.. lagipun xde cite best nk share kat blog. maklumlaaaa blog i sendu.. hahahaha..

    ReplyDelete
  4. takpe kita dulukan kerja hakiki kita kalau ada free baru ke blog...
    teringat jaman sekolah dulu masa peksa kt dalam makmal masa spm dulu bila tengok gambar tu

    ReplyDelete
  5. hujung tahun biasa mmg busy lah para pekerja, sama cam saya gak. blog makin sendu, idea banyak tapi nak karang cerita tu yang payah

    ReplyDelete
  6. wah berdebo2 tgk bebduak SPM buat exam or amali hehhe

    ReplyDelete
  7. Bila dah sibuk tak menyempat nak buat apa kan. Sekadar menjengah pun jadilah. Semakin busy sejak jadi AJK ni. Hihi..

    ReplyDelete
  8. Selamat kembali, ezy. Moga terus semangat berblogging!

    ReplyDelete
  9. dulu masa sekolah, suka sgt bila buat amali sains..

    ReplyDelete
  10. minggu ni, anak aida ada amali jugak for fizik & kimia.
    exam akhir tahun utk form 4.
    x dpt la byk dpt aida bantu, selain dari bebel suruh dia baca buku :)
    suruh dia tonton utube.
    alhamdulillah, amali kimia dia sebiji keluar mcm utube amali yg dia tgk. syukur.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!