majlis hujung tahun : blackgold 2021

assalamualaikum

seperti yang sedia maklum sebelum ni aku busy dengan urusan majlis yang aku dah gebangkan dalam entry lepas, hari ni nak story mory sikit la pasal majlis tu.. berlangsung pada 8/12/2021 bertempat di sutra beach resort, setiu ala dekat je pon dengan sekolah aku.. ihiks.. pagi hari kejadian kitorang geng AJK dah busy dengan angkut angkut hadiah.. lepas tu busy dengan segala persiapan majlis.. majlis bermula tepat jam 2.00 petang waktu malaysia.. eh tiberr.. 😆

muka tengah marah angin sebab rosakkan tudung i.. dengan angin pon nak cari gaduh pehal budak ni..

my OOTD 💕
crown : kedai pengantin era nona
baju : icahfa (tapi i punya beli kat butik KTCC mall)
kasut : spiffy KTCC mall
beg comel : pinjam akma punya

oh lupa pulak nak bagitau, majlis kali ni bertema warna black dan gold ala sama dengan tema ex-sekolah aku tahun lepas.. tapi gigih jugak beli baju baru.. 😅 aku memang macam ni tau, kalau ada majlis apa apa akan beli baju baru.. entah la perempuan memang perangai macam ni ke? ke aku sorang je? hehe

majlis berjalan dengan lancar dan selesai pada jam 4.30 petang.. aku hidangkan korang dengan gambar gambar di hari kejadian je okay.. tapi takde la banyak pon gambar.. boleh la dua tiga ketul.. eh sebelum tu nak cakap pasal menu.. makanan semua nampak sedap sedap tapi disebabkan aku kena handle hadiah cabutan bertuah dan hadiah hadiah lain makanya tak la berkesempatan aku nak merasa semua menu.. yang sempat aku makan mee sup dan buah buah jee.. sadis bukan? tapi takpe la janji enjoy dengan majlis itu hari.. 😁

geng AJK..
teamwork yang awesome!

geng AJK wanita wanita solehah.. ihiksss

lagi wanita wanita solehah kemain bergambar.. haha

setahun sekali dapat bergalok berjimba dengan kawan kawan sekerja

dengan cikgu fizik..
dia orang pertama bekerjasama dengan aku kat sekolah ni.. 😄

kitorang menang best dress award

ni hadiah yang aku dapat
walaupon takde rezeki nak dapat hadiah paling grand tapi syukurla dapat jugak hadiah.. hee

dan dapat karpet 😅

penat lelah sepanjang urusan untuk majlis ni bagaikan tak terasa bila semua orang happy dengan hadiah masing masing.. syukur alhamdulillah majlis berjalan seperti yang dirancang.. walaupon ada sikit dugaan yang datang dapat jugak kami hadap dengan tabah..

memang dah jadi budaya, orang baru masuk akan jadi AJK.. terima je dengan hati terbuka.. paling suka sebab dapat teammate yang sangat sporting dan awesome! seronok sangat bekerja dengan diorang semua.. alhamdulillah.. terima kasih geng AJK untuk tahun 2021 yang penuh suka duka.. 😊

bye!
xoxo

9 comments:

  1. Tahniah...menang best dress tu...Semoga ukhwah sesama rakan sekerja terua utuh.Muda-muda borong jer apa saja tugas yang diberi.Esok2 dah senior,jadi penasihat ja..hihihi

    ReplyDelete
  2. Wahh . Bestnyaaa majlis gini.. hadiah pun ada.. tu best wooo..
    kalo saya, ikutkah event apa.. dan ikut mood.. beli baju baru... hihi

    ReplyDelete
  3. best best dapat buat majlis camni...
    rindu juga nk attend majlis makan2 camni tp apa kan daya..
    kita tgu la tahun depan klu ada :)

    ReplyDelete
  4. Ingatkan throwback. Rupanya sama tema dengan yang dulu. Ala ala princess gitu ada crown. Tak sesia cari baju baru. menang best dress award tu. Tahniah Ezy!

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Wah, banyak juga hadiah ezy bawa balik! Best tu!

    ReplyDelete
  7. wah..congrats! best dress...yeah!!!

    ReplyDelete
  8. wah wah wah :) tahniah.
    black & gold ni always bff.
    always dpt pilihan dijadikan warna tema majis.
    and senang sebenarnya carik baju tema black & gold.
    cantik plak tu.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!