shopee haul~ baju baju anak

assalamualaikum

hello november.. pejam celik dah masuk bulan sebelas.. november ni bulan kelahiran sofia, jadi mommy mulakan entry di bulan november ni dengan shopee haul baju baju sofia.. mommy letak sekali gambar OOTD beliau yang memang mengalahkan mommy dia punya posing tu alahai anak.. 😅

posing tunjuk mini love kau hado? hehe
baju ni besar dengan sofia, size untuk budak 4 tahun dah tapi badan dia kecik so baju jadi besar.. mommy tuck in je untuk nampak helok.. 😊

posing sandar kat dinding ni mommy tak pernah ajar tau.. mana dia belajar eh? 😆
yang ni baju besar jugak dengan dia tapi tak pe budak budak cepat besar boleh pakai lama sikit..

link : dress kanak kanak RM17.52
ni kat rumah pengasuh mintak tolong pengasuh amekkan gambar dia.. baru balik jalan jalan, beriya nak pakai baju princess.. eee comel! geram mommy..
baju ni kat kedai lain, size memang ngam ngam..

banyak sangat pilihan baju baju untuk anak rambang mata jugak mommy dibuatnya.. ikotkan hati nak borong semua.. tapi masih boleh berfikir dengan waras.. haha.. blouse dua helai kedai yang sama, dress je kedai lain.. semuanya dari mainland china.. murah dan berbaloi dengan free postage lagi.. cumanya kalau dari oversea ni kena sabar sikit menunggu ketibaan parcel.. makan masa hampir dua minggu jugak.. ada lagi yang tak sampai nanti aku buat entry haul lagi.. 

sakan memborong baju anak bulan ni.. bukak almari dia, baru perasan baju anak aku semuanya baju tshirt ada la sehelai blouse.. tu papa dia punya kerja borong semua tshirt dia ingat anak dia boboy ke hape.. sofia pulak sekarang dah pandai nak matchy matchy dengan mommy.. apa yang mommy pakai tu la dia nak pakai jugak.. so kena la beli banyak baju jenis gegirl gegirl ni.. 😁

korang biasanya shopping baju anak kat mana? jom share.. 😄

bye!
xoxo

11 comments:

  1. ammi jarang beli baju jalan kat online..risau size tu tak kena. kalau takat baju tidur tu adalah juga.

    ReplyDelete
  2. memang seronok menggayakan anak2 kecik ni tambah2 girls

    ReplyDelete
  3. pandai dia bergaya, ngikut omaknya tu

    ReplyDelete
  4. Amboi, bukan main bergaya lagi little princess yang seorang ni!

    ReplyDelete
  5. Amboi. bergaya betul. Cantik cantik semua baju tu.
    Sejak pandemik shopping baju online je. Belum berpeluang lagi nak masuk mall ni. Tak lengkap vaksin lagi..

    ReplyDelete
  6. comelnya plaid dress tu. Kemain dia posing ea

    ReplyDelete
  7. Comel comel memangnya kalau beli baju kat situ...Gerammm jela..hhee..comel posing...nice la nak sesama ngan emaknya..matchy2

    ReplyDelete
  8. Baju budak budak memang comel comel. Geram nak membeli je. Kalau ada anak perempuan, memang menimbun jadinya. Posing tu menurun dari mommy lah, siapa lagi kan. Hihi

    ReplyDelete
  9. Cantik2 hasil belian. Pandai gegirl posing la

    ReplyDelete
  10. Gegirl kn... kena la lawa2.. daddy nak gegirl nampak boyishhhh ye sbb tu byk t shirt... hehe

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!