virtual farewell ceremony

assalamualaikum

tajuk dalam bahasa inggeris baru nampak gempak sikit kan.. kalau orang tengok pon macam bagus budak ni walhal biasa biasa je minah kampung baru nak up.. 😆 lama tak story pasal geng gg aku ni kan.. kurang beraktiviti dengan geng sekarang ni macam mana nak story.. salah sorang geng kami dapat tukar masa bulan julai itu hari.. disebabkan kesibukan masing masing jadinya malam tadi baru dapat buat majlis untuk dia yang tukar tu..

kemain siap banner lagi.. kau hado? majlis untuk kita kita je pon tapi alang alang buat biar padu.. 😅

alhamdulillah majlis berjalan lancar walaupon sorang ahli tak dapat nak join.. kecewa sikit tapi takpe kita faham je.. aku dan dak akma yang plan majlis ni memula rasa tak yakin diorang semua akan join.. kitorang redah jela buat dulu kalau takde yang join redha je.. tapi tak sangka semua bagi komitmen walaupon bukan majlis rasmi.. boleh tak nak menangis sebab terharu? sobs..

aturcara majlis :
ucapan alu aluan dak akma
ucapan yang diraikan
ucapan semua ahli (last sekali dak akma tak dapat bagi ucapan sebab dia dah sebak 😅)
tayangan video
sesi bergambar

masa tayangan video tu memang rasa sebak je.. yela banyak kenangan kot antara kitorang ni.. lepas ni memang susah dah nak jumpa, nak lepak lepak.. walaupon majlis simple dan santai tapi percayala sangat memberi kesan kat kitorang semua..

tak dapat bersua muka tapi boleh berjumpa di alam maya.. haa gittew 😄
thank you semua.. korang memang sporting!

hadiah perpisahan.. pakat pakat duit, dak akma yang tolong settlekan..
hadiah ni kitorang serahkan kat geng laki untuk sampaikan..

geng aku ni sebenarnya geng tempat kerja kat sekolah dulu.. sekolah baru takde geng pon.. haha.. walaupon aku dah tukar tempat kerja, kitorang still lagi berhubung.. aku harap hubungan persahabatan kitorang ni kekal sampai bila bila.. susah nak cari geng yang faham kita, yang satu kepala dengan kita.. ibaratnya kitorang ni saling melengkapi.. masing masing ada kelebihan dan ada kekurangan.. 😊

sesi bergambar 😅

bye!
xoxo

12 comments:

  1. walaupun secara virtual..tetap meriah kan..sure sebak bila berpisah tp xpe masih berhubung kan

    ReplyDelete
  2. Sedihnya tak dapat jumpa depan depan kan. Sekarang mostly farewell by video je.

    ReplyDelete
  3. biarla jauh dimata tapi dekat dihati... gitue

    ReplyDelete
  4. memang sedih bila terpaksa berisah. Semoga silaturrahim terus terjalin

    ReplyDelete
  5. Sekarang ni semuanya secara maya kan?. Even camping pun boleh e-camping jugak. Rindu la nak jumpa secara berdepan kan?

    ReplyDelete
  6. majlis perpisahan di norma baru, lebih ke intraction , mmg baik. if majlis sebenar selalu memasing dgn geng sendiri je

    ReplyDelete
  7. bagus la mu ni.. siap ada group perpisahan bagai. kalau aku, mmg senyap sunyi gitu je. ahahhaha

    btw, kalau geng baik2, memang sayang weiii..

    eh, kenapa sekolah baru takde geng? hehehe.. kepochi kan

    ReplyDelete
  8. Alaa sedihnyaaaaaaaaaaaaaaa saya rasa menangis pula baca post ni

    ReplyDelete
  9. Syukur juga pada teknologi sebab dengan adanya teknologi dapat juga kita buat caremony secara virtual. Kalau tidak, susah juga tu tanpa kecanggihan teknologi yang ada.Apapun majlis tetap meriah even virtual je pun. Syukur dapat geng lama yang ngam.

    ReplyDelete
  10. Sweetnya buat farewell ceremony begini...

    ReplyDelete
  11. Jauh dimata, tapi dekat dihati. Sedihhhh pulakk bila tak boleh jumpa face to face ni, tapi buat secara online punn meriah jugak kannnn.

    ReplyDelete
  12. Zaman skrg ni semua kena buat Virtual. Tapi asalkan ada kira ok la land. Tiada apa dpt menghalang farewell ni

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!