sofia masuk mall

assalamualaikum

hujung minggu baru ni ajak sofia temankan mommy nak beli barang dapur.. bawakla dia masuk mall.. bukan aku tak sayangkan anak, tapi nak ajar dia hidup di zaman pandemik ni.. aku taknak la kurung dia je kat rumah dia pon berhak nak tengok dunia luar.. kesian kat anak anak kita kan, lumrah manusia bukan boleh hidup berkurung.. kita stress, anak anak kita apatah lagi.. dia pon nak kan kebebasan..

sebelum masuk mall aku pesan siap siap kat sofia, sekeliling kita ada virus jadi kena jaga jarak, pakai mask, pakai face sheild dan kena selalu cuci tangan.. dia angguk tanda faham, harapnya betol betol faham la.. 😅

face sheild dan mask memang bertahan kat muka dia sampai la keluar mall.. masuk kereta baru dia bukak.. good girl la anak mommy.. love you darling.. 😘

happy sofia happy me! 😍

suka tengok sofia happy je dan langsung tak buat perangai masa mommy sibuk pilih barang dapur.. sayang dia lebih.. tapi balik rumah je sakan dia eh mengamok itu tak kena ini tak kena.. agaknya penat sangat shopping.. yela dah lama berkurung kan.. sekali dapat tengok dunia luar lain macam angin dia.. haha..

masa dalam mall aku memang bagi perhatian yang lebih la kat dia.. hati mana tak risau dengan keadaan sekarang ni kan.. tapi alhamdulillah semuanya baik baik je.. insyaAllah dia okay.. doa banyak banyak semoga Allah lindungi kita semua.. 💗

kalau tengok orang lain bawak anak anak keluar kita jangan kecam.. tau la mak ayah budak tu jaga anak masing masing.. pilihan di tangan kita, kalau kita nak stay at home, teruskan.. kalau sesekali nak bawak anak keluar pon boleh.. 😉

bye!
xoxo

19 comments:

  1. Ya, keluarlah...dha lama snagat duduk rumah...Moga kita sentiasa dilindungi Allah...AMIN

    ReplyDelete
  2. anak-anak buah di rumah ni pun dah berzaman tak keluar. biasanya ada juga weekend umi mereka bawa ke kedai buku. skrg order dari shopee je la dulu haha

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, dah boleh keluar jalan-jalan ke Mall.. bijak Sofia, ingat pesanan mommy..hehe..stay safe!

    ReplyDelete
  4. Tulah kesian kt anak.. bawak jugak keluar walaupun duduk dlm kereta. Nasib baik baby kalau dh besar mesti nk ikut sana sini.

    ReplyDelete
  5. Alalaa comey sgt sofia..take care ye sofia nk keluar tu..

    ReplyDelete
  6. Good girl Sofia. Mengamuk kat rumah takpe lagi. Dapat juga Sofia jalan jalan. Ke mommy tak beli mainan Sofia ni. Hehehe

    ReplyDelete
  7. kalau g mall insyaAllah ok. Sebab masih ada penjarakkan sosial. Takde la crowded sgt. lagipun fia dah 4tahun, dah faham arahan. dan boleh paham dgn keadaaan sekarang. mummy tak beli mainan kat fia kot, sebab tu fia angin..hahaha

    ReplyDelete
  8. Alolo...comel anak dara tu..mesti dia suka dapat tengok dunia luar sekejap.

    Betul..
    Kadang baik orang baik kita,cepat sangat buat andaian negatif kan.Nampak orang bawa anak keluar,nampak orang bawa anak naik motor,nampak anak orang menangis bagai,kadang cepat kita hakimi.Padahal kita tak duduk dalam kasut dia.Tak tahu masalah diam.Sama-sama kita didik hati.

    ReplyDelete
  9. Comelnya face shield Sofia. Bagus la dia faham kepentingan jaga SOP. Insha Allah tak pernah kecam, as long as parents tu jaga anak-anak dia dengan baik

    ReplyDelete
  10. betul tu.. Pilihan ditangan masing-masing..
    Kadang mesti ada sebba kenapa mak ayah tu bawa keluar anak dia..

    ReplyDelete
  11. bagus sofia! lepas ni bolehlah ajak mommy keluar jln2 lg ;-)

    ReplyDelete
  12. Comelnya gaya Sofia pergi mall!

    ReplyDelete
  13. Good girl Sofia, behave dia masuk mall. Faham dah dengan keadaan sekarang.

    ReplyDelete
  14. betul..kena train anak2 jugak dgn cara hiudp norma baru ni..stay safe!

    ReplyDelete
  15. Ok je bawak anak kluar.. Ammi pon bawak jugak. Cumanya bawak ke outdoor jelah. KL ni kalau weekend segala ceruk pack dgn manusia. Gi outdoor rasa slamat sikit.

    ReplyDelete
  16. comelnya face shield dia! Nasib baik dia tak buat perangai masa beli barang dapur tu

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!