sekadar throwback : rindu nak kursus!

assalamualaikum

di musim pandemik ni kursus secara bersemuka memang tak dibenarkan.. bila lama tak berkursus lama jugak tak jumpa kawan kawan seangkatan pembantu makmal ni.. biasanya kitorang berkursus kat sekolah sekolah terpilih.. masa tu dapat la jumpa kawan satu kapal yang dah lama tak bersua muka.. tahun lepas tak silap bulan 12 kot aku berkesempatan hadir kursus.. masa ni kursus secara bersemuka dibenarkan lagi dengan SOP yang ditetapkan..

ni antara kawan yang dah lama sangat aku tak jumpa.. si mida.. kitorang first posting sama sama satu sekolah lepas dia dapat tukar dah jarang sangat jumpa.. alhamdulillah dapat jumpa kat tempat kursus.. 😁

okay kursus yang aku kena attend ni sebenarnya untuk amali sains yang katanya akan dilaksanakan tahun depan.. sebagai pembantu makmal kitorang kena get ready la.. kena topap banyak ilmu untuk amali sains SPM akan datang.. benda ni tak boleh buat main sebab melibatkan masa depan anak anak SPM nanti.. bunyi macam serius sangat kan? memang serius la.. ahaks.. 😝

ni la kerja kitorang masa kursus tu bergambar lapan ratus kali.. kehkehkeh

selain bergambar, kitorang kena buat amali.. nak hadap amali sebenar nanti kitorang kena bersedia dari segi mental dan fizikal.. nak handle bebudak amali bukan boleh buat main.. silap haribulan asid tumpah ke, bahan kimia terbakar ke, siapa nak jawab? haa tau takot! 😆

nampak macam beriya je tapi berlakon je tu nak amek gambar.. 😆

kursus macam ni memang jadi kesukaan aku la.. dah bidang tugas kita kan memang happy la dapat kursus selain dapat jumpa kawan kawan seangkatan.. senior junior begabung memang happening! ihiks.. tiber nak happening bagai..

dah hampir setahun tak attend sebarang kursus secara bersemuka terbit jugak rasa rindu kat hati kecik aku ni.. 😟 tapi apa boleh buat? selain bersabar jela.. insyaAllah nanti boleh kursus lagi!

bye!
xoxo

13 comments:

  1. Mula mula baca tajuk ingatkan kurus. heheh..Seronok kursus hands on ni kan. Tak lama lagi dapatlah kursus bersemuka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kak fiza, saya sekali pandang ingatkan kurus jugak, eh eh kursus rupanya hahaha.

      Delete
  2. Mula mula baca tajuk ingatkan kurus. heheh..Seronok kursus hands on ni kan. Tak lama lagi dapatlah kursus bersemuka.

    ReplyDelete
  3. akak rindu kursus bersemuka jugak, kalau kursus online tak puas rasanya

    ReplyDelete
  4. betul tu, rindu nak pergi physical kursus kan..feels dia lain sikit, lagi bersemangat kalau nak compared dengan kursus online ni

    ReplyDelete
  5. Kursus bersua muka lagi best.. Seronok.. Tapi tu la.. pandemik mostly virtual je.. Buat team building pun thru virtual.

    ReplyDelete
  6. penting apa pembantu makmal..tak kisahlah makmal komputer, sains...
    org2 wanted gitu

    ReplyDelete
  7. Org xsuka kursus,awok plak suka kursus.nmpk sgt kursus awak tu so fun.

    I am so happy bila awak dpt keje pembantu makmal ni. Selain ianya keje gov, awak jugak xstress mcm keje dulu2..

    Hrp awok sentiasa bahagia...aminn

    ReplyDelete
  8. Kursus online tak best, kursus face to face jugak best kannn, tapi itulerr covid ni, memang tak boleh nak bersemuka lama lama sangat. Kes dekat terengganu punnn beratus ratus jugak >.<

    ReplyDelete
  9. aduhai blh pulak terbaca kursus ke kurus hahahaa pening dh tgh2 mlm ni..

    ReplyDelete
  10. Dulu2 kalau gomen dapat kursus luar daerah syok kan...Dulu2 boleh la dapat stay hotel,jenjalan sambil menyelam minum air.Sekarang semua online...makan pun sendiri..hihihi

    ReplyDelete
  11. Betullah.. rindu nak kursus bersemuka dan jumpa rakan sejawat..

    ReplyDelete
  12. Lama dah saya tak buat amali sains begini. Last saya buat waktu zmana asasi. Urgh stress buat amali kimia individual. Dengan rush kena buat report on that time juga. Saya tak faham kenapa dalam 3 jam tu saya kena siapkan experiment report semua. dengan radas nya kena cari,. Nasib baik pembantu makmal saya baik tak garang mcm pembantu makmal lagi satu tu. Kalau garang saya rasa takde satu experiment saya berjaya buat .

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!