musim keladi

assalamualaikum

siapa dah layan drama squid game meh geng dengan i.. semalam tak jenguk blog, just approved komen kawan kawan je sebab busy melayan squid game.. puas hati la dengan drama ni aku bagi rate 10/10.. 😆 eh sekarang kan kat malaysia bukan setakat musim hujan dan musim kemarau je ada, musim keladi pon boleh muncul.. tiber pasal keladi pulak.. kehkehkeh

ni keladi gajah ke? ke nama apa eh? besar betol keladi ni sebesar gajah.. 😅

dulu tak perasan pon kehadiran keladi besar ni mungkin masa tu dia kecik lagi.. PKP tahun lepas sepupu aku ada la bersihkan kawasan rumah dia lepas tu baru nampak kewujudan keladi di situ.. asalnya ada la dua tiga helai je daunnya sekarang bukan main meriah.. subur betol pokok keladi ni ye tiap bulan beranak ke macam mana? kehkehkeh

untuk tidak sia sia kan kehadiran keladi besar di depan rumah, makanya kita jadikan dia sebagai tempat untuk berootd.. orang yang paling suka amek gambar depan keladi ni tak lain tak bukan si sofia la.. 😅 mommy layan je asalkan anak happy..

mana lagi comel, sofia ke keladi? 😜

memandangkan sekarang memang viral betol kisah keladi, jadi aku pon amek kesempatan up jugak sikit pasal keladi.. walaupon aku pon tak kenal spisis spisis beliau.. bagi aku keladi adalah keladi.. tapi terkejut jugak tengok harga sampai ribu riban.. tak sangka ye keladi ni ada nilai jugak bukan sekadar keladi.. ihiks..

****

aku taip entry ni pagi tadi kat sekolah.. tak sempat nak publish tiba tiba je busy dengan kerja.. balik rumah sambung bukak blog ni baru nak publish.. lepas tu hilang segala idea yang berlegar legar kat kepala otak tadi.. ending pon macam squid game dah tergantung.. tapi squid game sah sah nanti ada season two.. entry ni ending dia macam gitu jela.. 😆

bye!
xoxo

16 comments:

  1. Keladi gajah ni dulu pun pernah viral jadi kegilaan ramai
    Tapi sekarang macam orang dah tak hiraulah
    Orang cari keladi kecik2 yang kaler2 tu

    ReplyDelete
  2. belum tengok lg...besar betul pokoknya..

    sedapnya keladi goreng, keladi masak asam rebus..

    ReplyDelete
  3. Besar betul pokok keladi tu . Sesuai la dengan nama keladi gajah

    ReplyDelete
  4. haah ezy, keladi gajah dulu kak ana cari gak tapi sampai laa tak jumpa , sekarang ni kumpul keladi semula tapi yang comel2 jer hehe :)

    ReplyDelete
  5. akak tak layan lg squid game tuh, ingakan filem drama rupanya. Itulah kalau rajin baru boleh layan tu...
    besar sungguh pokok keladi tuh, kalau ada isinya dan boleh di makan best nya..

    akak keladi warna warni utk hiasan tak minat, tapi keladi yang ada isi boleh di goreng tu akak suka heheheh

    ReplyDelete
  6. i pun tak kenal spesis keladi.
    tapi suka je mkn keladi. ubi dia, batang keladi buat sayur..
    tapi biasa beli je.. tak pernah masak sendiri.

    Eh, bkn mommy OOTD dulu ke kat sini? Pastu Fia copy??? kan.. kan... kan??? hehehe

    ReplyDelete
  7. tak kisahlah apa spesis pun keladi tu..jangan miang keladi sudah

    ReplyDelete
  8. Memang musim keladi sekarang ni. Harga pun sampai puluh ribu. Hehe..

    ReplyDelete
  9. Okay baru habis layan. Dah boleh geng dah! Helokkk keladi tu. Agaknya lah kot keladi gajah tu. Kalau camni orang jual boleh cecah ratusan. Cantik tu Ezy, Tanam dalam pasu besar cantik buat hiasan.

    Eh eh rupa Sofia senyum macam tu dah macam mommmy dah tu. Mestilah Sofia comel lagi.

    ReplyDelete
  10. Geng! High five sket sbb dah layan gak squid game!

    ReplyDelete
  11. Dulu macam sepah2 je orang tak heran. Tiberr tahun lepas kemain mahal harga hahahah. Nasib baik tak minat keladi. Suka Ros nyiahahhaha

    ReplyDelete
  12. Memang cantik sungguh lah kalau jadi port OOTD hahahaha.
    Kita geng lah akak sebab tengok squid game tuuu, dua hari khatam tengok :D

    ReplyDelete
  13. Cantik hijau daun keladi tu. Memang besar betul daun-daunnya :)

    ReplyDelete
  14. besar betul pokoknya. situ dekat dgn kawasan paya ya?

    ReplyDelete
  15. Sep sikit.. sha pun dah tengok Squid Game tu.. kikiki..
    Besar betul pokok keladi tu.. memang subur sungguh..

    ReplyDelete
  16. wahhhh cantik jugak tu buat backdrop haha syoknya rumah landed, boleh nampak tanaman besar macam ni

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!