sekadar throwback : first time sofia tidur kat hotel

assalamualaikum

disebabkan sofia asyik tanya je bila nak tidur hotel lagi, jadinya aku throwback la sikit kisah buat pertama kalinya sofia tidur hotel sebelum lockdown itu hari.. suami awal awal lagi dah book hotel.. aku pilih hotel tanjung vista kononnya nak mengimbau kenangan la lapor diri kat situ sebelum kerja sebagai pembantu makmal.. situ la kenal kawan kawan seangkatan ada yang kekal berkawan sampai sekarang ada yang dah lost contact.. 😅

berbalik kepada cerita hotel, kitorang check in petang jumaat dan hari sabtu tu check out lepas tu terus ke zoo kemaman.. boleh la kan merasa tidur hotel walaupon hanya satu malam.. masa tu rentas negeri tak dibenarkan jadinya duk jela hotel yang jarak sekangkang kera dari rumah.. asalkan anak happy, mommy okay je.. nanti dah boleh rentas negeri panjang sikit langkah kita.. buat masa sekarang sabar jela dulu.. hee

budak paling excited nak masuk hotel.. masa ni tengah tunggu papa amek kunci bilik

yeaa dah masuk bilik! isi minyak dulu.. 😅
teddy bear dia tu memang tak boleh tinggal.. bff dari kecik.. 😆

dah lepak santai dalam bilik hotel masa tu baru terasa lapar.. silapnya kat sini tak beli makanan dulu sebelum check in.. tak pasal pasal kena keluar balik cari makanan.. dah la parking kereta kat situ susah nak dapat.. redha jela lepas tu tak dapat parking yang elok dah.. kitorang beli KFC makan kat bilik hotel je.. memang tujuan utama kitorang nak melepak kat bilik hotel je pon.. bukan nak bercuti sakan sangat.. nak bagi sofia merasa macam mana perasaan dapat tidur kat hotel.. ihiks

wajibla ada seketul OOTD di depan cermin..

OOTD dengan si anak dara pulak..

malam tu takde aktiviti yang menarik main main je dengan anak sampai dia letih.. lepas tu layan movie sampai bosan.. kata nak melepak macam tu jela gayanya.. 😄 aku yang nak mengarang cerita ni pon terasa bosan apatah lagi korang yang baca entry ni.. takpe kenangan punya pasal gigih aku taip sampai habis.. 😜

hotel tanjung vista ni letaknya berhampiran dengan KTCC Mall.. kalau tengok view kat tingkap pon nampak pantai lepas tu nampakla seketul KTCC Mall kat situ.. nak kata menarik sangat takla hotel tengah tengah bandar je kot..

OOTD lagi sebelum tinggalkan hotel tanjung vista

pagi esoknya sebelum check out kitorang breakfast dulu.. punya la ramai orang nak breakfast pon kena tunggu turn.. lagi sekali kitorang buat silap sepatutnya lepas dah setel kemas baru la turun breakfast.. ni kalut nak breakfast tak pasal naik bilik balik kemas barang lepas tu baru turun check out.. entah apa la aku fikir masa tu.. maklumla jakun bukan selalu tidur hotel ye makcik.. 😂

setel semua kitorang terus gerak ke zoo kemaman.. tercapai hasrat sofia nak tidur hotel.. dah tidur sekali nak tidur lagi.. sekarang ni hari hari duk tanya bila lagi nak ke hotel.. sabarla nak oi.. papa tak habis pantang lagi 14 hari tau.. 😆

bye!
xoxo

14 comments:

  1. Best kan Sofia dapat tidur hotel ye. Hari-hari tanya, memang suka sangatlah Sofea nak tidur hotel selalu.

    ReplyDelete
  2. Tengok post ni kan, teringat pulak zaman Iman kecik2 baya Sofia ni. Macam tu la keletahnya bila check in, penuhkan tangki dulu, hihihi

    ReplyDelete
  3. Dapat tidur hotel pun dah cukup bahagia dah sekarang ni. Throwback dulu pun takpe, amek mood gitu. Bukan Sofia je nak tidur hotel, mommy pun nak. Sabar dulu eh, pasni dah boleh jalan jalan jauh melangkah boleh pergi :)

    ReplyDelete
  4. Lepas ni apabila keadaan dah okey, bolehlah Sofia ajak staycation kat hotel lagi :)

    ReplyDelete
  5. aiyan pun dah asik tanya bila boleh cuti-cuti... selangor lagi lah dah lama tak boleh kesana sini, bukan budak je kami yang dewasa ni pun kadang stress

    ReplyDelete
  6. huntung dah tu boleh tido hotel.. musim ni nk mandi kolam kat hotel pun tak boleh..
    kalau tak, mesti lagi best kalau tido kat hotel ada swimming pool. Dah Fia,, g mintak nk tido otel lain plak

    ReplyDelete
  7. Rinduuu nak tidur hotel. Alamak hotel tanjung vista tu dekat sangat dah dengan rumah sewa saya hahaha. Zoo kemaman tu pun dekat dengan kampung saya :D

    ReplyDelete
  8. seronok kan bila dpt tido ote;..rindunya nk holiday tido hotel

    ReplyDelete
  9. Kesian anak anak terperuk kat rumah.
    Tak sabar nak tunggu keadaan pulih nak booking hotel atau cuti cuti pusing semenanjung.

    ReplyDelete
  10. akk suka turun breakfast dulu and then naik balik, sbb mesti nak gi toilet, lepas tu lepak2 atas katil, kul 12 baru turun check out..

    rindu nak tido hotel..

    ReplyDelete
  11. Comel sofia.. terasa jugak bila ada anak ni kesian terperap kt rumah. Bawa juga jln2 walaupun dekat2 rumah

    ReplyDelete
  12. Jadiklah kan duduk hotel sambil layan view pantau.. puas ati dah

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!