ruang WFH sebesar hama

assalamualaikum

gembira hari ni sebab dapat jenguk dunia luar kejap tu pon atas alasan teman sepupu pergi vaksin.. idoknya aku mengekor dia sampai ke dalam, tunggu dalam kereta jela sambil menikmati udara panas ditemani cahaya terang.. kehkehkeh.. sementara anak kat rumah pengasuh ni, izinkan sis mengapdet entry seketul.. nak cerita pasal meja je pon mukadimah panjang.. 😜

dalam keadaan kerja tak menentu ni kejap pergi sekolah, kejap kerja kat rumah jadi aku ambil keputusan untuk beli meja study seketul.. beli yang size comel comel je muatla untuk letak laptop sebijik.. yela kerja kat rumah pon sekadar mengadap laptop sambil berkursus online.. nak beli meja besar membazir je kan.. makanya terhasillah ruang kerja sebesar hama..

workstation serabai

letak meja sebelah almari dengan wayar berserabut, tu je ruang kosong yang ada.. boleh la kan? bilik aku kecik je uols.. asalkan ada ruang yang selesa syukur dah tu.. kerusi tu pulak sementara je nanti aku godek shopee lagi cari kerusi yang lebih selesa.. macam panjang lagi masa kena bekerja dari rumah ni kan? aduhai rindu betol workstation kat makmal.. ihikss.. *tiberr

*pic from google
ni rupa sebetolnya meja aku beli tu.. guna kat katil tapi bilik aku takde katil yang ada hanya tilam senipis kulit bawang.. 😆
link shopee : meja laptop
harga : RM34.88

dah banyak aku racun korang dengan barang barang kat shopee.. agak agak lepas ni boleh jadi duta shopee tak? 😝

bye!
xoxo

5 comments:

  1. ruhi... rindu bilik tidur awk..
    dan tilam senipis bawang awak tu..
    tempat golek2 gossip..

    mekfia dah merasmikan mommy punye WFH Table ni dulu.
    Fia nak kursus online gak ye..

    ReplyDelete
  2. Senang juga beli meja macam ni. Boleh adjust dan senang angkut. Standby sesiap . Nanti tak WFH boleh Sofia pulak guna buat meja study, kan. Suka tau racun racun...Boleh dah tu jadi duta. Rasanya shopee ada buat affiliate jugak kan Ezy. Boleh cuba tu acah acah duta :)

    ReplyDelete
  3. Yang penting boleh WFH dengan selesa.

    ReplyDelete
  4. Senang beli meja macam tu, macam dekat hospital dah feel dia hahaha. Boleh kak boleh, sign up as ambassador shopee tuuu :D

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!