pelancaran bulan kemerdekaan

assalamualaikum

kalau tahun lepas merasa la jugak sambut bulan kemerdekaan secara bersemuka.. dapat pakai baju baru colour merah dan tudung merdeka.. meriah jugak ada makan makan.. tahun ni? berhuhu jela depan laptop sambil tengok live sambutan bulan kemerdekaan kat youtube.. sambutan kali ni dianjurkan oleh JPNT.. demi nak merasa semangat kemerdekaan tu aku pon join la sekali.. 😄

part ni paling semangat.. nyanyi lagu negaraku lepas tu lagu jalur gemilang.. membara je jiwa ni.. haha

demi menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan dalam jiwa, bubuh la seketul gambar sendiri pakai tudung merdeka.. 😆

sesungguhnya aku sangat sangat rindu nak meraikan bulan kemerdekaan penuh meriah dengan kawan kawan sekerja, budak budak sekolah dan semua warga sekolah tapi apakan daya covid punya pasal semua kena duduk rumah.. sabarla untuk seketika.. sampai masa nanti covid akan lenyap dan kita semua kembali hidup normal.. aamiin! 😊

oh lupa nak cakap, majlis ni semalam punya tau.. hari ni baru nak update.. hewhewhew

bye!
xoxo

8 comments:

  1. Tahun ni tak de lagi peraakan merdeka.

    ReplyDelete
  2. Aamiin, moga moga covid ni cepat cepat berakhir, dan semua kembali kepada normal. Rindu nak tengok perarakan budak sekolah. Nyanyi lagu jalur gemilang dan banyak lagi. Sekarang, thru online je yang mampu kan akak :')

    ReplyDelete
  3. best ada aktiviti byk kat sekolah kan.
    cuma sejak covid terhad la..

    ReplyDelete
  4. sekolah Aiyan pun sama.. secara online je semua... sianla murid-murid tak dapat rasa kemeriahan sambutan bulan kemerdekaan macam tahun-tahun sebelumnya

    ReplyDelete
  5. Dengan situasi semasa, semuanya mampu sambut online je kan...
    Janji semangat tetap ada!

    ReplyDelete
  6. Dalam keadaan sekarang, terpaksa lah kita sambut secara virtual je. Tetap juga kita raikan dengan meriah.

    ReplyDelete
  7. xpe la.. bergoogle meet je la.. wajibkan semua pakai tudung jalur gemilang tu.. mst meriah jugak di google meet tu

    ReplyDelete
  8. Bila lah agaknya kita betul2 bebas dan merdeka dr covid19 ni...musuh ketat negara dan seluruh dunia..

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!