sunday blues ke?

assalamualaikum

aku bersiaran dari pejabat tempat kerja.. otak jem sikit hari ni entah la nak gerak pergi kerja pon aku tak ingat pukul berapa sepatutnya kena gerak.. dia macam blur tak tahu nak mula dari mana.. nasib baik jalan ke tempat kerja masih ingat.. kehkehkeh..

aku mulakan hari aku yang agak blur harini dengan seketul mirror selfie..
menyempat je.. di mana ada cermin besar di situ aku akan ambil kesempatan.. 😄

nak ke makmal macam malas pulak sebab takde geng.. sudahnya melepak je aku kat pejabat ni sambil layan blog.. nanti agak agak bosan dah dengan blog aku layan drama korea pulak.. jenuh jugak nak tunggu waktu balik kerja ni.. makan gaji buta la hari ni ye.. 😆

makmal aku tu kan nun jauh di hujung bangunan sana lepas tu sorang sorang pulak kau rasa aku ada keberanian yang tinggi ke nak melepak kat makmal sampai petang? memang tak la.. aku bukan takut dan bukan berani sangat.. suam suam kuku je.. bila tempat sunyi terasa jugak weh.. macam macam dalam fikiran.. haha.. haa gigih aku taip alasan kenapa aku patut makan gaji buta hari ni.. harap korang memahami.. kahkahkah

tapi nanti rasa nak menjenguk jugak makmal seminit dua nak lepaskan rindu kat workstation.. ambil barang apa yang patut sebab aku masih lagi kena work from home.. jadual aku untuk bulan ni tiga kali je aku masuk kerja.. letih jugak macam ni.. bila la boleh masuk kerja sepenuhnya ni.. 😅

bye!
xoxo

9 comments:

  1. Biasa monday blues, tapi kalau di pata timur mesti sunday blues hahaha.
    Betul, kalau tempat sunyi memang terasa keseraman walaupunnnn tak nak fikir, tetap terfikir hahaha >.<

    ReplyDelete
  2. Salam perkenalan.Syu saja datang singgah BW tambah kenalan.Jemput singgah blog Syu😊.

    ReplyDelete
  3. Salam perkenalan. Syu datang singgah BW tambah kenalan.Jemput singgah blog Syu 😉

    ReplyDelete
  4. Bila lama tak masuk kerja rasa kekok pulak kan. Nampak makin kurus lagi Ezy dalam gambar ni.

    ReplyDelete
  5. Selamat bekerja, ezy. Akak dapat bayangkan sunyinya kat sana. :)

    ReplyDelete
  6. sekolah kalau xde budak, memang sunyi nya weiii..
    lagi la kalau bangunan ceruk sana nunggg..

    I xmasuk opis lg ni.
    Apa khabar la opis i ni..

    ReplyDelete
  7. bagi shida plak..xdenya sunday blues hari2 turun padang bantu suami berniaga..hehee

    ReplyDelete
  8. time pkpb ari tu, aida keje kat ofis 2 hari kot, ezy.
    takde keje, tapi kena masok ofis.
    so, seharian dok blogwalking sambil tonton drama korea kat netflix.
    ha ha ah ah ha...
    hilang la boring. dan hilang takot.
    sebab tak ramai kat ofis. drama korea tu memecahkan kesunyian.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!