my journey diet - testimoni diri sendiri

assalamualaikum

aku ada up kat facebook, instagram story, whatsapp status dan jugak instagram post pasal gambar testimoni aku sendiri sepanjang berintermittent fasting.. bukan nak bangga diri tapi sekadar nak bagi motivasi kat diri sendiri dan jugak orang lain yang masih struggle nak kurangkan berat badan.. lepas tu sekarang ni aku nak up kat blog pulak.. aku kan suka gebang.. kehkehkeh




ni kalau aku keluarkan produk kurus mesti ramai terpedaya.. haha.. ingat diknon oi.. nak kurus bukan boleh kurus sekelip mata je.. dah dah jangan duk percaya dengan ubat kurus tu.. semua tu mengarut.. nak kurus secara sihat kena jaga pemakanan.. lepas tu jangan lupa bersenam.. 30 minit sehari pon dah cukup.. dah membebel pulak kakak kau ni.. 😅

dulu aku sebesar raksasa sekarang dah halus sikit.. masih lagi struggle nak capai target.. korang tolong doakan aku kuat semangat ye.. dugaan bila duduk rumah ni kejap kejap cari makan kat dapur.. pintu peti ais esok esok boleh tercabut..

kelebihan bila amalkan intermittent fasting ni pertamanya mesti la boleh kawal nafsu makan.. dah set dalam kepala otak waktu waktu tertentu je boleh makan automatik aku jadi disiplin.. kalau dulu makan bagaikan tiada hari esok, sekarang alhamdulillah aku makan bila perlu.. keduanya aku jadi makin cergas dan badan terasa ringan.. paling penting makin awet muda.. 😂

nanti entry lain aku story lagi okay.. kalau rasa nak tau apa apa pasal intermittent fasting ni korang boleh je tanya.. insyaAllah aku akan cuba jawab.. jangan malu jangan segan.. kehkehkeh

bye!
xoxo

11 comments:

  1. Serious kagum betul dengan Ezy. betul tu. better diet secara sihat tak bergantung pada supplement dan ubat.

    ReplyDelete
  2. Tahniah, ezy! Moga terus konsisten berdiet cara sihat :)

    ReplyDelete
  3. Nampakkkk perbezaan nyaaa! Semoga akak terus bersemangat dan istiqomah ya, fighting! Hehehe.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. tahniah! semoga terus kekal sihat.

    ReplyDelete
  5. SEmoga terus kekal sihat. amiinnn.
    CAntik itu bonus! =D

    ReplyDelete
  6. Dulu masa di asrama, awok pernah jgk hangat2 tahi ayam diet. Tapi cara salah. Hahaha..

    Rupanya skrg baru tahu cara betul.

    Dulu awok selalu kata awk besar la, xcantek la..

    Tengok.. awok cantek dan sentiasa comel..
    #donemengipascikezy

    ReplyDelete
  7. bergantung pada produk xbagus..alih2 dia suruh juga kita..minum air msk..bersenam..xde maknenya xkawal mkn xbsenam..xbyk mnum air boleh kurus dgn produk..percay laaa..heheee..shida pn diet tanpa produk..diet sndri2 jer..enjoy..

    ReplyDelete
  8. terbaik. byk turun tu, ezy. alhamdulillah.
    aida ni asyik la tangguh nak berIF.
    diet IF ni aida rasa mcm ok. sebab still boleh minum air suam kan.
    and makan pada waktu tertentu.

    now, aida try utk kurangkan makan dulu.
    wajib breakfast dgn segelas air manis.
    yg lain selepas tu, semua try kurangkan.

    in shaa Allah :)

    ReplyDelete
  9. Sy pun diet juga. Buat IF. Tapi tu la suka sangat ke laut. Fed up betul la semangat nak kurus tu tenggelam timbul :(

    ReplyDelete
  10. bestnya lost weight! i tak gigih nak diet betul2 ni...memang ada few kilos extra ..moga2 dtg keazaman yg teguh nanti cuma tak tahu bila hehhehe

    ReplyDelete
  11. wahhhh tahniahhhh������ langsing dah������sy pn amalkan intermittent fasting ni... tp ada kala terbabas jg��

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!