mr.diy haul & watson haul

assalamualaikum

sebabkan sofia buat perangai semalam terpaksa la aku menapak ke mr.diy.. kisahnya dia tak bagi papa dia pergi kerja suruh layan dia nak main.. lepas tu terpaksa la aku umpan dia dengan mainan.. kononnya kalau bagi papa dia pergi kerja nanti mommy belikan mainan.. time tu jugak dia suruh aku pergi beli mainan dia.. haha.. bertuah punya anak.. tapi okay la boleh mommy keluar ambil angin kejap.. anak tinggal kat rumah pengasuh.. 😁

ni la hasilnya yang kononnya tadi kena beli mainan anak je.. 😆

1. mainan anak - request nak mainan masak masak colour pink 😏
2. face towel
3. headphone comel untuk work from home banyak google meet la sekarang 😅
4. mekap bag - terpaksa pilih colour putih sebab yang tu paling murah dan cantik
5. beg serbaguna
6. handphone stand letak dalam kereta
7. kitchen towel tapi takde dalam gambar la pulak.. 😄

alang alang keluar tu kan singgah la ke watson kejap.. nasib baik senang nak parking.. niat hati nak cari toner tapi bila dah masuk watson toner tak beli benda lain yang aku beli.. watson ni kategori kedai bersaka jugak sama macam mr.diy dan kedai eco.. tapi watson ni kedai bersaka kayangan.. lain macam betol penangan dia.. 😂

tiga benda ni je pon aku beli.. 😅
acne patch, hydrating lotion hada labo dan sanitizer..

barang barang dibeli memang nampak sikit tapi nak membayar tu haa sikit ni je pon dah habis hampir RM80.. huhu.. bertabahla zaman sekarang semua benda mahal..

bye!
xoxo

11 comments:

  1. Suka pakai acne patch nexcare tu! Memang puas hati bila cabut, nampak isi jerawat yang dia tarik hahaha.

    ReplyDelete
  2. kalau dapat ke kedai, eco atau mr diy dah seronok sangat dah rasanya kan

    ReplyDelete
  3. menarik pembelian tu..hehee..semua guna ke? ^_^

    ReplyDelete
  4. suka masuk mr.diy.
    ada yg tak perlu pun, aida terbeli :)
    berkenan la dgn headphone comel tu.
    now guna earphone je. tu pun share dgn Ijat.

    rindu nak masuk watson. row by row aida jalan.
    grab la 2-3 barang :)

    ReplyDelete
  5. Acne patch brand watsons pun best. Murah n berkesan hehe. Sy pun pakai Hada Labo Hydrating Lotion tu. Best sangat. Kulit tak kering n tak mengelupas dah :)

    ReplyDelete
  6. part kedai bersaka tu betullll hahah i suka masuk watson dan guardian jugak..belek2 then terbeli mcm2 hahahah

    ReplyDelete
  7. umpan sofea dengan mommy sekali terkena umpan..hihi..banyak membeli alang alang sekali keluar kan. Ye, barang sekarang dah tak semurah dulu.

    ReplyDelete
  8. benci kalau msk dua2 kedai ni. keluar mesti ada brg kt tangan��

    ReplyDelete
  9. Best kannn Watson..kadang cuci mata je..beli tak sangat..tapi memang sekarang harga mahal mahal...Kualiti ok, x pe bayar lebih. Hehe

    ReplyDelete
  10. Betul brg nmpk sikit tp dia punya harga nk dekat seratus hahah

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!