shopee haul~ versi tak sedar diri

assalamualaikum

aku ni bukannya sejenis manusia yang bukak shopee je wajib shopping.. tak tak aku masih sedar diri yang aku bukan golongan kayangan duit berkepuk dalam akaun bank tapi tu la.. tengok title entry pon macam perli diri sendiri.. tau duit tak banyak tapi nak jugak shopping.. ekeke.. ala shopping barang dua tiga ketul je pon.. jom tengok apa aku beli~

aku beli peanut butter yogood dari kedai yaaaybaby harganya RM17.99
aku beli kat shopee pasalnya kat tempat aku payah giler nak jumpa peanut butter versi diet..
aritu ada je kat mydin, giant tapi tiap kali aku pergi mesti habis stock..
sudahnya beli je kat shopee.. 😄

kasut untuk pergi kerja beli kat kedai mykutsu hargnya RM19.90
itu hari dah beli sepasang colour grey, ni repeat order colour black pulak..
alhamdulillah selesa je pakai tumit kasut ni tak tinggi sangat pon..

last item aku beli kasut kerja dari kedai mykutsu jugak harganya RM28.90
aku berkenan tengok tali kat belakang ikat reben tu.. nampak comel sebab tu aku beli.. haha
yang ni tumit agak tinggi tapi selesa jugak pakai.. confident je berjalan macam model.. 😆

takde la banyak sangat aku shopping kan kiranya bukan versi tak sedar diri tapi versi masih sedar diri.. kehkehkeh.. dah lama cari kasut kerja sebenarnya.. tapi susah nak jumpa yang betul betul memikat hati.. sudahnya belek shopee jugak.. tak yakin nak beli online takut tak muat kaki ataupon tersalah size tapi ni aku redha dan pasrah je.. kalau tak muat nangis bucu katil.. nasib baik muat.. 😅

kalau korang berkenan nak beli jugak pergi shopping sekarang kat shopee! ok done hasut korang.. aku kan suka menghasut.. 😂

bye!
xoxo

22 comments:

  1. Masih terkawal ini.. Sha punya barang dalam shopping cart je banyak.. hehehe..

    ReplyDelete
  2. Shopee berhantu. Pantang bukak confirm membeli. Cantik kasut bereben belakang tu. Bekenan pulak tengok.

    ReplyDelete
  3. seronoknya shopping! nak shopping gak tapi duit dah menipis bayar saman huhu

    ReplyDelete
  4. MyKutsu tu reen suka.. selalu beli kasut kat situ. hehehe

    ReplyDelete
  5. wow ezy shopping betul..rembat 2 psg teruihh hahahaa..
    okay bulan oktober ingat nk insaf kejap..
    sbb bulan september belanja teruk shida ni ^_^

    ReplyDelete
  6. comel kasut cream tu. janji selesa..

    ReplyDelete
  7. kita bukak shopee add to cart je. bila nak check outnya ikut mood duit dalam bank. hihi. comel kasut ezy.kalau selesa okaylah membeli.

    ReplyDelete
  8. lawa pulak kasut-kasut tu, sama la kadangkala menung depan shopee app lama juga tapi tak beli sangat hehe

    # follow sini

    ReplyDelete
  9. takpe, shopping tu ok je asalkan tak berlebihan n kita guna benda tu. tapi sy tak berani shopping kasut sebab saiz kasut saya lebih kpd laki punya hahaha

    ReplyDelete
  10. shopee tu memang lubuk iman diuji hahaha..
    susah betul nak tepis godaan. dari nak tengok2 mesti akan terbeli hehe..

    ReplyDelete
  11. Samalah kita. Mesti ada je nak beli padahal dah takde kerja dah. Shopping bagai nak rak.

    ReplyDelete
  12. Kalau beli kasut saya mesti beli offline. Saiz besar..

    ReplyDelete
  13. tiba masa 12.12 memang akan beli lg.. hahah

    perempuan memang tak sah kalau tak shopping

    ReplyDelete
  14. jangan bukak shopee..kalo tak, nahasla poket..hehe

    ReplyDelete
  15. singgah sini..lama ezi menyepi..sibuk kah?

    ReplyDelete
  16. hi, jemput singgah blog, especially kalau berminat nak tambah pendapatan dengan Jamu Tun Teja. Terima kasih =)

    https://241107hh.blogspot.com/2021/01/slip-gaji-yang-sah.html

    ReplyDelete
  17. Bulan ni jer tak mengganas sangat ngan shopee.. hahaha.. kalau tak, J&T pun naik menyampah kena panjat tangga rumah

    ReplyDelete
  18. takpe sedar diri lagi tu hehe




    pstt~ knp lama tak hapnet ni?
    ezy sekeluarga sihat ke tak tu?

    ReplyDelete
  19. i punya cart dah over 100 items dah haha :P

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi tinggalkan komen!